Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Sultan dan Sultanah Johor redah hujan demi rakyat

 | September 11, 2017

Sultan Ibrahim berkata Sultanah boleh teruskan kembara walaupun dalam hujan kerana rakyat juga sanggup menunggu dalam hujan.

Johorfmt-ohsem-inside-article1Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 memasuki hari ke-3 menyaksikan kepelbagaian pengalaman sepanjang perjalanan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menjelajah semua 10 daerah di negeri itu menerusi konvoi 4 hari yang berakhir esok berdepan pelbagai cabaran termasuk hujan lebat semasa dalam perjalanan.

Misalnya hari ini dalam muat naik mengenai kembara tersebut di Facebook, Sultan Ibrahim menyatakan Sultanah Johor Raja Zarith Sofiah sanggup berpanas dan meredah hujan menaiki kereta beroda 3 Morgan bersama baginda di hampir semua lokasi persinggahan.

“Saya menasihati Tuanku Permaisuri menaiki kereta dan tidak bersama saya menaiki Morgan kerana takut baginda basah dan tidak selesa, serta mungkin boleh demam.

“Bagaimanapun Tuanku Permaisuri tetap mahu menaiki Morgan kerana Tuanku Permaisuri suka naik Morgan.

“Saya tanya kalau cuaca hujan ok ke…, Permaisuri kata tidak mengapa, boleh teruskan walaupun dalam keadaan hujan sebab rakyat juga sanggup menunggu dalam hujan,” jelas Sultan Ibrahim.

Baginda berangkat dari Kem Batalion 5 PGA Simpang Renggam dalam kembara yang memasuki hari ke-3 sejauh 209km merentasi Kluang, Bandar Baru Ayer Hitam, Segamat dan Tangkak sebelum berakhir di Dataran SRCC Sungai Abong, Muar.

Bukan itu sahaja, pakaian yang dikenakan Sultan Ibrahim ala ‘Safari’ dengan ‘flat cap’ sepanjang 4 hari pemanduan sejauh 808 km juga menarik perhatian.

“Saya ingin membawa sedikit kelainan pada KMJ kali ini dengan tidak hanya memakai kemeja sahaja,” ujar Sultan Ibrahim.

Baju yang dipakai Sultan Ibrahim sepanjang berlangsung KMJ 2017 ditampilkan dalam warna berbeza setiap hari iaitu perang pada hari pertama, kelabu (hari ke-2), kuning mustard (hari ke-3) dan esok dijangka berwarna putih.

“Warna kasut yang saya pakai juga disesuaikan dengan warna baju yang dipakai,” kata beliau lagi.

Bermula dari Kem Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Sultan Ibrahim dan konvoi DiRaja dijangka bertemu dan beramah mesra dengan rakyat di 7 lagi lokasi persinggahan dan majlis sepanjang perjalanan serta memberi peluang untuk mendampingi Sultan dan Sultanah kesayangan mereka.

KMJ dicetuskan Sultan Ibrahim sejak 2001 dengan pelepasan dilakukan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Ini adalah kali pertama baginda memandu kereta 3 roda Morgan buatan Britain.

Hari pertama kembara baginda bermula dari Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru merentasi Kota Tinggi dan Mersing sejauh 195 km dan hari ke-2 ke Mersing dan Kluang sejauh 157km.

Pelbagai aktiviti disusun sepanjang penjelajahan yang turut disertai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco kerajaan negeri, pemimpin kerajaan dan pegawai kanan kerajaan Johor.

Antara program bersama rakyat seperti demonstrasi memasak, sukan rakyat, lawatan ke gerai dan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments