Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Kanak-kanak sakit barah tekad duduki UPSR

 | September 12, 2017

Najmee dimasukkan ke HUSM 17 Ogos lalu selepas mengalami dehidrasi selepas tiga hari menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Rompin, Pahang.

Najmee-Rosidifmt-ohsem-inside-article1Bila sakit sikit, ada yang mengambil peluang ponteng sekolah, tidak ketinggalan yang bekerja.

Tetapi berbeza dengan kanak-kanak berusia 12 tahun ini.

Mohamad Najmee Rosidi, bertekad menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) walaupun sedang dirawat di hospital kerana menghidap barah otot tahap 3.

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang Tiong, Rompin, Pahang itu menduduki peperiksaan UPSR di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Najmee dimasukkan ke HUSM pada 17 Ogos lalu selepas mengalami dehidrasi selepas 3 hari menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Rompin, Pahang, lapor Berita Harian.

“Disebabkan penyakit yang dikesan Februari lalu, saya mengambil keputusan melupakan persekolahan kerana perlu berulang alik dari rumah di Rompin ke HUSM di sini bagi menjalani rawatan kimoterapi 3 minggu sekali.

“Walaupun perlu mengulang kaji pada saat akhir, namun saya nekad menduduki UPSR dan tidak mahu memikirkan sangat hal sakit kerana mahu berjaya seperti rakan lain,” katanya kepada akhbar itu.

Kita semua ada banyak perkara untuk diteladani daripada kanak-kanak muda yang sakit ini.

Biarpun pengajiannya tergendala dan berhadapan pelbagai masalah kesihatan, kanak-kanak ini tetap bertekad meneruskan perjuangan akademiknya.

Ternyata kesakitan dialami bukan penghalang baginya dan ianya kualiti yang perlu dicontohi semua orang.

FMT Ohsem mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR dan semoga kanak-kanak itu cepat sembuh.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments