Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Kulit kepala terbakar ketika mewarna rambut

 | September 12, 2017

Deng sudah mewarnakan rambutnya sebanyak 2 kali sehinggalah dia merasakan sesuatu yang tidak betul dengan kulit kepalanya.

rambut-terbakarfmt-ohsem-inside-article1Lazimnya pengalaman mewarna rambut memberi kepuasan kepada seseorang kerana ia mampu mengubah rupa paras dan penampilan anda, sama ada menjadi lebih muda, bergaya atau berfesyen, walaupun warna yang dipilih tidak kena dengan warna kulit.

Tetapi berbeza dengan wanita dari China yang hanya mahu dikenali sebagai Deng, apabila niat untuk tampil bergaya berubah menjadi malapetaka.

Menurut laporan Stomp, Deng meluangkan masa lebih 7 jam di sebuah salon semata-mata untuk mewarnakan rambutnya.

Asalnya warna hitam, gadis muda itu terpaksa melakukan proses “bleaching” atau memudarkan warna asal rambut supaya warna baharu yang dipilihnya dapat melekat dengan baik.

Deng mewarnakan rambutnya sebanyak 2 kali dahulu sehinggalah dia merasakan sesuatu yang tidak betul dengan kulit kepalanya.

Pada proses mewarna kali ke-3, Deng mengadu kulit kepalanya berasa pedih dan menyalahkan kualiti produk yang digunakan pendandan tersebut.

Menganggap ia perkara biasa, Deng memberi reaksi berlebihan, pendandan itu tetap meneruskan tindakan mewarna rambut sehinggalah Deng menangis kerana tak tahan pedih.

“Pendandan yang panik terus membasuh kepala Deng dan membawanya ke klinik pakar kulit. Deng didapati mengalami alahan daripada pewarna rambut yang digunakan dan 40% kulit kepalanya diliputi bahan kimia.

“Ekoran itu, doktor pakar mengarahkan Deng membotakkan kepalanya untuk mengawal bahan kimia pada rambutnya tersebar dan memberi kesan yang lebih buruk,” lapor portal itu.

Kesal dengan apa yang berlaku, Deng juga memfailkan saman terhadap pendandan salon tersebut yang mencecah kos sebanyak RM39,000 termasuk kos rambut palsu.

Deng mengajar kita satu pengajaran supaya sentiasa membuat pemeriksaan alahan bagi produk yang bakal digunakan, apatah lagi di kulit.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments