Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Kening McDonalds dan ‘bergetar’ fesyen trending

 | September 13, 2017

Mungkin berbunyi pelik, tetapi fesyen sememangnya dibikin untuk kelihatan pelik dan unik untuk menjadi ikutan.

VIDEO INSIDE

huda-kattan-mcdonaldfmt-ohsem-inside-article1Fesyen semakin di luar jangkaan. Bukan hanya pakaian atau aksesori tetapi juga solekan wajah.

Dandanan dan solekan boleh diletakkan dalam pelbagai kategori dan tempoh masa, dari kurun ke-18 lagi dan kini, pada kurun ke-21, zaman era digital.

Terbaru, wujud satu lagi trend solekan yang masih berinovasi membabitkan bulu mata dan bibir.

Mungkin berbunyi pelik, tetapi fesyen sememangnya dibikin untuk kelihatan pelik dan kemudian unik, seterusnya menjadi ikutan.

Trend terbaru yang dimaksudkan ialah kening McDonalds, iaitu bulu mata berbentuk simbol makanan segera berbentuk “M”.

These brow trends won't stop! #McDonaldsBrows #goldenarches Tag a friend who loves brows (or McDonalds)

A post shared by Huda Kattan (@hudabeauty) on

Viral di Amerika Syarikat dan laman sosial, bagaimanapun hanya bermula sebagai satu gurauan oleh blogger kecantikan, Huda Kattan diikuti selebriti Youtube, Elena Beauty yang membawanya ke satu tahap baharu.

mcdonald-eyebrow-1Kini netizen, wanita khususnya, menggilai trend kening mata tersebut dengan membentuk kening, merakam gambar dan menyiarkannya di laman sosial.

FMT Ohsem berkongsi gambar wanita dengan bulu kening McDonalds. Apa pendapat anda? Kongsikan perasaan anda terhadap fesyen pelik ini.

Tunggu, ada lagi fesyen membabitkan bulu kening dan bibir yang sedang viral.

mcdonald-eyebrow-2Dalam solekan ini, bulu kening dan bibir dibentuk menjadi beralun atau bergetar. Kami juga sediakan gambar fesyen terbaru ini untuk anda.

Fesyen bulu kening mata dan bibir ini tidaklah keterlaluan seperti kening McDonalds tetapi ia ternyata sangat menarik, apatah lagi pada wajah wanita Asia.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments