Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Wanita China miliki bulu mata terpanjang di dunia

 | September 14, 2017

Jainxia dari Shanghai, China memiliki bulu mata sepanjang 12.4 cm yang akhirnya direkodkan dalam buku Guiness World Records 2018.

Jainxiafmt-ohsem-inside-article1Memiliki bulu mata yang panjang, hitam dan lentik menjadi idaman setiap wanita. Kita sanggup guna pelbagai minyak, serum atau maskara untuk memanjangkan bulu mata mahupun membuatkan ia kelihatan cantik.

Berbeza dengan wanita ini kerana bulu matanya sepanjang 12.4cm panjang tidak memerlukan semua itu.

Bulu mata terpanjang di dunia yang akhirnya direkodkan dalam buku Guiness World Records (GWR) 2018 itu milik, Jainxia dari Shanghai, China.Jainxia1

Menurut laporan GWR, bulu mata di bahagian atas sebelah kini pernah dicatatkan sebagai terpanjang ketika diukur di Changzhou, Jiangsu, China pada 28 Jun 2016.

Hmm… entah macam mana dia menjalankan kehidupan harian kerana biasanya kalau rambut panjang sedikit terurai ke depan muka pun boleh buat orang resah, inikan bulu matanya mengena mata dan pipi sepanjang masa.

Bukan itu sahaja, Jainxia pasti melakukan pelbagai persediaan serta langkah berhati-hati sepanjang memelihara dan membela bulu matanya yang panjang itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments