Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Makanan segera punca buah dada lelaki membesar

 | September 25, 2017

Xiao Yang tidak dapat keluar rumah kerana tumbesaran pada buah dadanya yang menyerupai seperti fizikal tubuh wanita.

Xiao-Yangfmt-ohsem-inside-article1Remaja lelaki yang baru berusia 19 tahun itu tidak dapat menerima perubahan fizikal yang berlaku pada dirinya sejak 6 tahun lalu kerana dadanya semakin hari semakin membesar.

Dia bingung dan runsing kerana merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku pada dirinya, berfikir mungkin berdepan masalah kesihatan yang membahayakan.

Pada satu masa, remaja lelaki bernama Xiao Yang tidak dapat keluar rumah kerana tumbesaran salah satu buah dadanya menyerupai seperti buah dada wanita.

“Saya menjadi bahan ejekan kawan di sekolah, lebih lagi apabila terpaksa membuka baju semasa mandi di kolam renang,” ujar Yang.

Perubahan itu berlaku sejak usianya menginjak 13 tahun tetapi hanya berlaku pada buah dada sebelah kanan.

Dia dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk pemeriksaan, namun pihak hospital gagal menemui jawapan mahupun penyelesaian.

Selepas mendapatkan pemeriksaan di beberapa hospital lain, akhirnya sekumpulan doktor di Hospital Pusat Wenzhou bertekad melakukan pembedahan mengecilkan saiz sebelah buah dada remaja lelaki itu.

Mereka menyifatkannya sebagai masalah ketidakseimbangan hormon.

Bagaimanapun, selepas kajian mendalam, pakar perubatan, Dr. Pan Zhongliang membongkar masalah di sebalik tumbesaran yang dialami Yang.

Rawatan B-scan ultrasonography, mendedahkan kelenjar susu pada buah dada Yang membesar dan saiznya menjadi tidak normal bagi seorang lelaki.

Zhongliang berkata, ketidakseimbangan hormon itu dikenali sebagai ginekomastia iaitu perkembangan kelenjar susu berlebihan pada lelaki yang dipengaruhi hormon.

Dia mengharungi pembedahan mastectomy untuk mengecilkan buah dada dan menjadikan ia sama saiz dengan buah dada di sebelah kiri membentuk buah dada baharu yang normal.

Bagaimanapun, kajian saintifik Zhongliang, mendedahkan ginekomastia berpunca daripada amalan memakan makanan segera dan makanan proses yang dicampur dengan bahan kimia tertentu.

“Saya percaya, tabiat mengambil makanan segera menyumbang faktor utama terhadap masalah ginekomastia terhadap golongan lelaki,” jelas Zhongliang petik Daily Mail.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments