Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

China-India berkerjasama buka kolej yoga

 | October 12, 2017

Pelajar yang mendaftarkan diri untuk program 3 tahun akan melanjutkan pengajian 2 tahun pertama di Kunming, ibu negeri wilayah Yunnan dan tahun terakhir di Bengaluru, India.

yoga251

fmt-ohsem-inside-article1Ketepikan perbalahan politik China dan India, tetapi dalam hal berkaitan ilmu yoga, kedua-dua negara ini berkolaborasi mewujudkan sebuah kolej yoga yang pertama seumpamanya.

India-China Yoga College (ICYC) yang dibuka secara rasminya kelmarin menawarkan program ijazah, diploma dan ijazah lanjutan dalam pelbagai bidang yoga.

Menurut Timbalan Dekan kolej itu, Lu Fang, para pelajar boleh mendaftarkan diri untuk program 3 tahun di mana 2 tahun pertama di Kunming, ibu negeri wilayah Yunnan dan tahun terakhir di Bengaluru, India.

Pelajar yang menamatkan pengajian akan menerima sijil ijazah atau diploma dari kedua-dua universiti di Yunan dan India.

Universiti yang akan menawarkan sijil tersebut ialah Universiti Yunnan Minzu dan Swami Vivekananda Yoga Anusandhana Samsthana di Bengaluru, petik Economic Times.

Silibus pengajian bagi program yoga di universiti itu termasuk asana (senaman), pranayama (pernafasan), terapi yoga dan psikologi serta bahasa Hindi dan Sanskrit untuk memberi pendedahan terhadap bahasa rasmi amalan yoga itu sendiri.

Bagi membantu pelajarnya daripada tidak berdepan masalah kejutan budaya ketika di India kelak, pelajar-pelajar di universiti itu juga akan ditawarkan dengan program berkenaan kebudayaan India.

Kolej ICYC dibangunkan secara bersama oleh Universiti Yunnan Minzu dan Majlis Perhubungan Kebudayaan India pada 2015.

Yoga menjadi amalan yang sangat popular di China dengan semakin ramai yang menyertai program tersebut di negara tanah besar itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments