Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Makan pisang dalam klip video, penyanyi pop ditahan

 | November 20, 2017

Shyma memakai pakaian dalam sambil makan pisang di hadapan bilik darjah bersama lelaki dengan tertulis perkataan 'Class #69' di papan hitam.

shyma

fmt-ohsem-inside-article1Seorang bintang pop ditahan di Mesir selepas disyaki menimbulkan rasa tidak senonoh menerusi aksi dalam klip video muzik terbarunya.

Shyma dikatakan merangsang penonton secara lucah dengan gerak tariannya dengan mengenakan pakaian dalam sambil memakan buah pisang dan menjilat buah epal di hadapan bilik darjah di hadapan beberapa lelaki dengan perkataan “Class #69” tertulis pada papan hitam.

Tentunya, perkara itu menimbulkan pelbagai kontroversi dan aduan sehingga dia ditahan.

Banyak pihak termasuk media tempatan tidak ketinggalan mengutuk perbuatan Shyma. Akhbar Youm7 menulis, “Singer Shyma presents a lesson in depravity to youths” (Penyanyi Shyma menunjukkan keterlanjuran yang menghina kepada belia).

Bagaimanapun Shyma pula menyatakan tindakan menahannya sebagai satu bentuk penindasan wanita oleh negara yang pernah diundi sebagai negara paling teruk untuk wanita dalam satu tinjauan tahun 2013.

Dia yang berusia 21 tahun itu turut meminta maaf atas perbuatan tidak disengajakan itu.

“Saya memohon maaf kepada semua orang yang menonton klip video dan tersinggung serta melihatnya dalam cara yang salah,” tulisnya di media sosial.

“Saya tak menduga langsung akan berdepan ancaman ini. Saya hanya seorang pemuzik muda yang membina impian menjadi penyanyi sejak kecil,” katanya lagi.

Shyma nampaknya memang terkenal dengan klip lagu pop yang menonjolkan diri secara sensual dan seksi.

Wanita di Mesir banyak berdepan diskriminasi sama ada daripada keluarga, pemimpin negara atau undang-undang yang mengutamakan lelaki.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments