Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PDRM jamin proses pilihan raya lancar

January 1, 2011

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PRDM) memberi jaminan pasukan itu mampu memastikan proses pilihan raya berjalan lancar walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan pilihan raya negeri Sarawak kemungkinan diadakan secara serentak.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Haji Ismail berkata, kontinjen Sarawak telah merangka perancangan bersama Suruhanjaya

Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pilihan raya tidak tercemar oleh kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata, persiapan dari semua aspek termasuk kelengkapan logistik juga telah diatur secara terperinci.

“Dengan kekuatan seramai 8,400 anggota, PDRM Sarawak bersedia untuk melaksanakan tugas memastikan proses pilihan raya berjalan lancar tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

“Polis sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan dan, rasanya tiada timbul masalah sekiranya kemungkinan pilihan raya dilaksanakan serentak diadakan,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di
sini, hari ini.

Lawatan kerja pertama

Ini merupakan lawatan kerja pertama Hussin setelah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara ke Sarawak pada September 2010.

Hussin berkata PDRM membuat perancangan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak atau pilihan raya serentak berdasarkan
keperluan semasa seperti menambah keanggotaan dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).

“Kita akan menghadapi sesuatu keadaan berdasarkan keperluan,” katanya.

Sementara itu, Hussin berkata PDRM akan mengemblingkan tenaga dan idea untuk menurunkan indeks jenayah di negeri ini dan pada
masa yang sama meningkatkan keyakinan dan kepuasan masyarakat umum terhadap pasukan polis.

Antara tumpuan yang akan diberikan di negeri Sarawak pada tahun depan ialah pencegahan jenayah yang berkonsepkan ‘community
policing’, katanya.

“Kita akan mengkaji semula (review) dan berbincang dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan Yayasan

Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk menambahbaik usaha mencegah jenayah pada tahun depan.

“Kita berkerja secara berpasukan dengan usaha dan strategi untuk mencapai matlamat iaitu menurunkan indeks jenayah dan meningkatkan keyakinan masyarakat,” katanya sambil menambah, sasaran PDRM adalah untuk menurunkan indeks jenayah keseluruhan sebanyak lima peratus di seluruh negara.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments