Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Anak mahu peneroka Felda bersatu

 | January 14, 2011

Walaupun baru ditubuh sejak setahun lalu, sudah banyak kejayaan yang diperolehi peneroka melalui perjuangan Anak

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mahu peneroka bersatu dalam memperjuang hak mereka.

“Saya minta mereka semua supaya mengenepikan perbezaan politik sebaliknya sama-sama berjuang bersama Anak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, walaupun baru ditubuh sejak setahun lalu, sudah banyak kejayaan yang diperolehi peneroka melalui perjuangan Anak.

Mazlan membayangkan lebih banyak kejayaan akan diperolehi pada masa akan datang.

“Untuk itu, Anak mahu membuka 20 lagi cawangan di seluruh negara pada tahun ini di tanah rancangan Felda di seluruh negara.

“Sejak penubuhannya dua tahun lalu, Anak telah berjaya membuka 51 cawangan Anak di seluruh negara. Matlamat kita ialah setiap kawasan Felda ada Anak yang boleh membela nasib mereka,” katanya.

Mazlan mendakwa, walaupun Anak baru berusia dua tahun, golongan peneroka sudah mula mengiktiraf persatuan itu.

Katanya, banyak kawasan peneroka yang mahu Anak melebarkan sayapnya ke tempat mereka.

“Malah Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad telah mengeluarkan arahan kepada pengurus Felda di tanah rancangan supaya mengawasi Anak.

“Ini bermakna pengerusi Felda yang baru itu sedar bahawa perjuangan Anak telah diterima baik oleh peneroka Felda,” tambahnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments