Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Tokoh Umno Pahang masuk PKR?

 | January 14, 2011

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka umum kemasukan tokoh tersebut esok.

PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin tinggi Umno dari Temerloh dijangka menyertai PKR Pahang esok, kata Setiausaha PKR negeri, Razali Alias ketika dihubungi hari ini.

“Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan kemasukan tokoh Umno itu dalam satu majlis Pakatan Rakyat di
Kemaman, esok.

“Saya tidak tahu siapa, tetapi itu yang saya dengar,” katanya.

Katanya, berita tokoh Umno Pahang yang mahu menyertai PKR itu sudah tersiar dalam beberapa blog.

Ketua AMK Pahang, Rizal Jamin pula berkata, “InsyaAllah ia akan diumumkan esok. Mungkin tengah hari atau mungkin petang.”

“Kalau kita kata ada, ada lah tu,” katanya secara berseloroh.

Ketua PKR cabang Temerloh, Nizam Abdul Hamid (photo) berkata, pihaknya masih berunding dengan beberapa pemimpin kanan Umno termasuk dari Temerloh untuk menyertai PKR.

Katanya, mereka ada menunjukkan minat untuk berbuat demikian tetapi belum membuat keputusan muktamad.

“Mengenai ada pemimpin Umno Pahang yang akan menyertai PKR esok, saya tidak pasti,” tambahnya.

Sementara itu, seorang Jawatankuasa (AJK) Umno Temerloh menafikan berita kononnya seorang tokoh Umno bahagian itu akan menyertai PKR.

Zulkifli Abdullah ketika dihubungi berkata, tidak ada orang Temerloh yang bercakap mengenai perkara itu.

“Ini khabar angin, berita yang tidak betul. Tidak ada orang yang mahu masuk PKR,” katanya.

Pakatan Rakyat akan mengadakan saru program di Geliga, Kemaman yang akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi termasuk Anwar.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments