Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pemuda PAS anjur Forum 100 hari Pakatan Rakyat

January 17, 2011

Dr Dzulkifli Bin Ahmad, Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan Rafizi Ramli (PKR) mengesahkan akan hadir.

PETALING JAYA: Pemuda PAS akan mengadakan forum janji 100 hari Pakatan Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur malam esok.

Ketua Penerangan, Suhaizan Bin Kaiat dalam satu kenyataan berkata forum tersebut bertujuan membahaskan pro dan kontranya cadangan Pakatan Rakyat selepas 100 hari memerintah.

Bagi mendapat pandangan yang seimbang daripada semua pihak Pemuda PAS berusaha menjemput parti-parti komponan Barisan Nasional (BN), NGO dan ahli akademik menyertai forum tersebut.

Mereka yang diundang ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,  Datuk Saifuddin Abdullah  (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed ( Ahli Parlimen Pulai),  Dr Zubir Bin Harun  (Naib Presiden Perkasa), Senator Datuk Akbar Ali  (Bekas Timbalan Ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia),  Mohd Yusof Bin Abd Rahman (Bendahari Agung Fomca) dan wakil Parti Gerakan.

“Bagaimana pun setakat  hanya Saifuddin, Fomca  dan Gerakan sahaja yang telah memaklumkan bahawa mereka tidak dapat hadir atas sebab tertentu.

“(Bagaimanapun) Dewan Pemuda PAS Pusat cukup optimis bahawa mereka akan membuat pengesahan kehadiran dalam waktu terdekat ini khususnya Khairy Jamaluddin.

“Insya Allah, kehadiran mereka atau wakilnya sangat penting bagi membangunkan minda rakyat setara dengan negara-negara maju yang menjadikan pidato,  debat dan forum  sebagai medan menguji  kekuatan, kesungguhan dan kemampuan memerintah negara pada masa hadapan,” katanya.

Manakala,  Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Bin Ahmad,  Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara)  dan  Rafizi Ramli ( PKR) mengesahkan akan hadir.

Moderator forum adalah Mazli  Noor seorang ahli perniagaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments