Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Derhaka kalau tak sokong pindaan perlembagaan’

 | January 20, 2011

Derhaka terhadap Sultan Selangor kalau tak undi sokong pindaan perlembagaan, kata Faekah Husin.

KAJANG: Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata Selangor yakin pindaan perlembagaan yang akan dibentang pada 24 Januari ini akan diluluskan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Rakyat bertajuk “Pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) dan Pindaan Perlembagaan” di Dewan Majlis Perbandaran Kajang baru-baru ini didepan 150 hadirin.

“Jika mereka hadir dalam sidang dewan dan tidak mengundi menyokong pindaan tersebut atau jika mereka boikot sidang dewan tersebut bererti mereka derhaka kepada Tuanku Sultan,” kata beliau ketika ditemui FMT.

Ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun memberikan perkenan untuk mengadakan sidang dewan tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Mohd Satim Diman dilaporkan dalam media sebagai berkata akan memboikot sidang dewan tersebut.

Faekah menjelaskan bahawa pindaan perlembagaan akan mengembalikan kuasa raja sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan sebelum tahun 1993.

Sementara itu, beliau menafikan hubungan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor mengalami keretakan dengan mendedahkan ucapan baginda ketika majlis angkat sumpah kesetiaan SUK baru, Mohammed Khusrin Munawi.

Beta dan memanda (Khalid) sangat rapat

Faekah memetik baginda sebagai berkata: “Beta dan memanda (Khalid) sangat rapat. Kita berjumpa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk berbincang dan menasihati.”

Beliau turut memetik Sultan menasihati Khusrin agar bekerjasama dengan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

“Beta juga berharap Khusrin akan bekerjasama dan melaksanakan polisi kerajaan yang memerintah hari ini.”

Dalam pada itu, Faekah turut mendedahkan usaha Umno-Barisan Nasional yang menganjurkan program untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat derhaka kepada Sultan Selangor.

Walau bagaimanapun, dalam program yang diadakan bulan lepas, Faekah menjelaskan bahawa Umno-BNlah yang telah mencemar dan menghakis institusi kesultanan Melayu dalam tahun 1993.

Sementara itu, dalam isu pelantikan SUK pula, Faekah berkata bahawa pelantikan tersebut menjadi isu bukan kerana calon Khusrin sebaliknya yang dipertikaikan adalah kegagalan dalam mengikut prosedur yang disifatkannya sebagai biadab.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments