Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Ijazah PhD Satim Diman diragui

January 21, 2011

Satim perlu menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan kepada Speaker Datuk Teng Chang Kim bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

PETALING JAYA: Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor meragui kesahihan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman yang juga Adun Seri Serdang memperoleh sijil penganugerahan ijazah sarjana doktor falsafah (PhD) yang membawa gelaran Dr.

Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari (foto kiri) yang meraguinya menggesa Satim menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan kepada Speaker Datuk Teng Chang Kim bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

Selain mendesak agar mengumumkan kepada rakyat bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan PhD tersebut, Dr Yaakob juga menggesa Satim supaya mengisytiharkan taraf pendidikannya bermula daripada ijazah pertama, sarjana sehinggalah kepada doktor falsafah.

“Satim telah menggunakan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di beberapa masjid dan surau sekitar DUN Sri Serdang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik berkata hal ini membimbangkan kerana ramai masyarakat sekarang sanggup membeli PhD melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan mempercambahkan nilai keilmuan.

Katanya, perbuatan membeli PhD itu merupakan sebagai satu jenayah sekaligus merendahkan martabat universiti dan menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada dunia akademik.

Beliau turut menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus pengajian yang berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments