Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Upko mahu Datuk Bandar dari KDM

 | January 25, 2011

Presiden Upko mahu Datuk Bandar Kota Kinabalu dilantik dari kalangan pegawai kanan perkhidmatan awam Kadazan Dusun dan Murut.

PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (Upko) berkata ada justifikasi dari usul yang
diketengahkan oleh parti itu untuk melantik seorang dari kalangan pegawai kanan perkhidmatan awam Kadazan Dusun dan Murut (KDM) sebagai Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu.

Tan Sri Bernard Dompok berkata beliau mahu agar cadangan dari Upko itu diberi pertimbangan sewajarnya oleh Kerajaan Negeri
sekiranya tempoh kontrak Datuk Bandar sekarang ini, Datuk Iliyas Ibrahim pada 2 Februari depan tidak dilanjutkan oleh kerajaan.

Katanya, beliau akan sampaikan pandangan ini kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman dalam masa terdekat.

“Saya sendiri akan sampaikan pandangan saya kepada YAB Ketua Menteri Sabah dan saya akan sampaikan secara formal,” kata
Dompok.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan sempena sambutan Tahun Baru Cina di pasar Pekan Lido yang turut disertai oleh

Ketua Perhubungan MCA Sabah Datuk Edward Khoo dan Adun Moyog Datuk Donald Mojuntin, disini, kelmarin.

Jelas beliau, pemilihan Datuk Bandar baru tiada kaitan denganpersiapan dalam menghadapi pilihan raya akan datang, sebaliknya
kualiti dalam mengurus tadbir perkhidmatan awam adalah menjadi keutamaan.

“Kita mahu perkhidmatan awam yang boleh menggambarkan perkhidmatan awam 1Malaysia dan terbaik untuk semua khususnya warga Bandaraya Kota Kinabalu,” tambah Dompok lagi.

Isu pemilihan Datuk Bandar sebelum ini telah menjadi perbualan hangat dimana dakwaan pembangkang kononya Parti Bersatu Sabah
(PBS) tidak bersuara lantang tentang isu perkongsian kuasa dan tidak diberi perhatian oleh Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PBS Henrynus Amin turut menyifatkan isu pemilihan tersebut tidak seharusnya dipolitikkan.

Manakala bagi Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah (PPPKS), Jimon Jahim berkata calon paling

layak untuk menyandang jawatan tersebut ialah Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments