Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kes PKFZ: Permohonan Stephen didengar 10 Mac

February 21, 2011

Stephen memohon supaya dilepaskan dari 26 pertuduhan alternatif.

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 10 Mac ini bagi mendengar permohonan Ketua Pegawai Operasi Kuala

Dimensi Sdn Bhd (KDSB) supaya dilepaskan dari 26 tuduhan alternatif menipu OSK Trustees Bhd dalam projek pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Asmadi Hussain menetapkan tarikh itu selepas diminta oleh Ketua Unit Pelucuthakan Harta Bahagian Pendakwaan Jabatan

Peguam Negara Dzulkifli Ahmad agar satu tarikh dapat ditentukan bagi mendengar permohonan Stephen Abok, 52, sebelum perbicaraan bermula pada 29 Mac ini.

Mahkamah juga diberitahu oleh peguam Stephen, Hisham Teh Poh Teik bahawa anak guamnya telah memfailkan semakan terhadap keputusan Asmadi pada 11 Februari lepas yang menolak permohonannya memanggil seorang wartawan sebuah akhbar harian sebagai saksi terhadap permohonan anak guamnya mengenepikan 26 pertuduhan alternatif terhadapnya.

Stephen, bekas pengurus projek Kuala Dimensi Law Jenn Dong, 52, dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 49, dari BTA Architect mengaku tidak bersalah pada 8 Nov lepas atas 24 pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees Bhd untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi bagi dua projek di PKFZ.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di OSK Trustees Bhd, Plaza OSK Ampang antara 30 Jun 2006 sehingga 20 Jun 2008.

Ketiga-tiga mereka didakwa menipu OSK Trustees untuk mempercayai bahawa kerja-kerja infrastruktur elektrik untuk sistem 33kV bagi

PKFZ, Pulau Indah telah dilaksanakan sedangkan mereka mengetahui bahawa kerja-kerja itu tidak dilaksanakan.

Mereka juga didakwa menipu OSK Trustees untuk mempercayai bahawa sistem elektrikal 33kV ke Precint 2 dan Precint 8 bagi PKFZ telah dilaksanakan sedangkan mereka mengetahui kerja-kerja itu tidak dilaksanakan.

OSK Trustees membuat bayaran RM116.85 juta

Tindakan mereka itu didakwa telah mendorong OSK Trustees untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta.

Selain itu, Stephen dan Tan juga mengaku tidak bersalah pada 8 Nov lepas terhadap dua lagi pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees di antara 31 Julai 2007 dan 8 Oktober 2008 dengan memperdaya syarikat pemegang amanah itu untuk mempercayai bahawa sistem 33kV ke Precint 2 dan Precint 8 bagi PKFZ telah dilaksanakan.

Justeru, tindakan mereka telah mendorong OSK Trustees membayar RM5.42 juta kepada Kuala Dimensi.

Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.

Sebelum ini, Stephen dan Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan asal menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007.

Tan dan Law pula menghadapi 24 pertuduhan asal menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi melibatkan dua projek yang sama antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.

Sementara itu, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Penolong Kanan Pendaftar Maizatul Munirah Abdul Rahman menetapkan tarikh pendengaran semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen mengenepikan permohonan salah seorang tertuduh Law Jen Dong, pada 17 Mac ini.

Law telah memohon kepada mahkamah sebelum ini bagi menyingkirkan firma guaman Skrine & Co sebagai peguam pemerhati untuk
LPK dalam kes ini pada 17 Mac ini.

– Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments