Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kekurangan guru mahir, perlu perhatian serius

February 24, 2011

Umno Beluran bidas BN kerana gagal atasi masalah kekurangan tenaga pengajar di Sabah.

SANDAKAN: UMNO bahagian Beluran hari ini membidas Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana gagal mengatasi masalah berhubung perkembangan pendidikan, terutama sekali kekurangan tenaga pengajar di Sabah.

Ketua bahagiannya, James Ratib, berkata perhatian serius perlu diberikan terhadap pembangunan dan pengembangan pendidikan di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar.

Katannya, antara masalah yang perlu diberikan perhatian ialah kekurangan tenaga pengajar yang mahir bagi beberapa mata pelajaran selain kemudahan dan prasarana pendidikan.

“Ini adalah masalah yang sudah lama dihadapi dan masih membelenggu sekolah-sekolah di kawasan luar bandar…perhatian serius harus diberikan,” katanya di sini.

James Ratib diminta untuk mengulas kenyataan beberapa pemimpin BN negeri ini berhubung dengan tenaga pengajar dari kalangan mereka yang bukan terlatih atau guru sandaran tidak terlatih.

Isu tersebut timbul apabila Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zakarshi menyatakan mengenai cadangan penghantaran guru terlatih dari Semenanjung bagi mengatasi masalah kekurangan guru di Sabah.

Beberapa pemimpin BN Sabah menyuarakan agar GGST (Golongan Guru Sandaran Tidak Terlatih) yang berasal di negeri ini diberikan peluang bagi mengisi kekurangan tersebut.

GGST bukan masalah baru

James Ratib berkata masalah GGST bukanlah masalah baru tetapi sudahlama berlaku di negeri ini dan ia juga sering disuarakan oleh pemimpin BN termasuklah Umno.

“Kita sudah berulang kali menyuarakan masalah ini malah kita juga telah mencadangkan agar mereka diberikan peluang.

“Ini termasuk cadangan agar GGST yang telah berkhidmat lebih 10 tahun diberikan peluang mengisi kekosongan yang ada…rasionalnya kerana kita tahu guru tempatan bersedia dan sanggup mengajar di kawasan luar bandar yang serba kekurangan,” katanya lagi.

Menurutnya, masalah kekurangan guru pakar dalam mata pelajaran tertentu adalah masalah yang dihadapi di kawasan Beluran.

“Tidak ramai guru dari luar yang sanggup mengajar di Beluran khususnya di kampung-kampung dalam daerah ini kecuali guru tempatan…masalah ini berlaku kerana kekurangan prasarana dan kemudahan,” katanya lagi.

Sambil berharap agar cadangan Jabatan Pendidikan Sabah agar GGST diberikan peluang, James Ratib berkata cadangan jabatan itu amat dialu-alukan.

Katanya, sudah tentu pihak jabatan ada sebab tersendiri mengapa
mencadangkan agar GGST diberikan peluang untuk dikekalkan.

“Umno Beluran berharap agar perkara ini diberikan perhatian agar pembangunan dan pengembangan pendidikan di Beluran atau di kawasan luar bandar tidak terhalang sebaliknya turut terus maju,” katanya lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments