Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Sarawak tarik balik pembekuan tanah di Bako

 | March 4, 2011

Keputusan kerajaan negeri itu dicapai hasil mesyuarat bersama Ketua Menteri.

KUCHING: Tanah seluas kira-kira 1,200 hektar yang dibekukan mengikut Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak sejak 30 tahun lalu ditarik balik berkuatkuasa semalam.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam berkata, keputusan kerajaan negeri itu dicapai hasil mesyuarat bersama Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang diadakan kelmarin.

Beliau berkata, pemilik tanah serta sektor swasta kini berhak membangunkan tanah di kawasan berkenaan.

“Keputusan penarikan semula (pembekuan tanah) ini dibuat selaras dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi ETP yang memerlukan penglibatan sektor swasta secara dominan untuk menjayakan pembangunan negara.

“Kita juga yakin, pemilik tanah di Bako mempunyai kebolehan dan sumber yang cukup untuk membangunkan tanah di situ, sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar khas di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Berdasarkan satu notis yang dikeluarkan sejak 1973 di bawah Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak, pemilik tanah di Bako tidak boleh membangunkan tanah mereka memandangkan tanah di kawasan itu mungkin diperlukan untuk ‘tujuan awam’.

“Tujuan awam” tersebut termasuk projek perindustrian dan keperluan pembangunan infrastruktur oleh kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat.

George Chan memberi jaminan Sarawak akan terus menyokong sebarang projek pembangunan yang dilaksanakan sektor swasta dengan kerjasama pemilik tanah.

“Bagaimanapun, sebarang projek pembangunan yang dirancang di kawasan ini perlu mematuhi piawaian tertentu termasuk Pelan Induk yang dirangka kerajaan negeri,” katanya sambil menambah, pelan induk itu akan diumumkan kepada orang awam dalam masa terdekat.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments