Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Jatuhkan pemimpin Umno – Khalid Samad

 | March 5, 2011

Setelah jatuh, baru rakyat tahu harta kekayaaan mereka.

MENTAKAB: Rakyat perlu menjatuhkan pemimpin Umno untuk membolehkan rakyat mengetahui harta kekayaan mereka, gesa seorang pemimpin PAS di Kerdau malam tadi.

“(Tun) Dr Mahathir Mohamad, (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, kita kena jatuhkan baru kita tahu jumlah harta mereka,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pemimpin PAS bersuara lantang itu berkata demikian dalam ceramahnya membantu calon PAS, Hasanuddin Salim di Kerdau malam tadi.

Beliau menambah, mereka (pemimpin Umno) takut apa yang berlaku kepada Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali dan Presiden Mesir Hosni Mubarak kerana setelah jatuh, rakyat baru tahu harta kekayaan mereka.

Ceramah Khalid di Desa Murni, Kerdau diadakan bersebelahan dengan ceramah Barisan Nasisonal (BN) yang menurut beberapa ahli

PAS, ceramah BN itu tidak lain tidak bukan sekadar mahu menganggu ceramah PAS.

Hanya beberapa kerat sahaja yang berada di kawasan ceramah BN walaupun disediakan sate, mi dan nasi briyani manakala ceramah

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dihadiri sekitar 400 hingga 500 orang.

Umno ganggu ceramah PAS

“Umno cuma nak ganggu ceramah PAS kerana mereka takut kepada kita di Kerdau,” kata Khalid secara berseloroh.

Khalid juga menjelaskan betapa pentingnya PAS menang di Kerdau dalam pilihan raya kecil kali ini.

“Kita perlu menang di sini untuk membolehkan kita menjawab
tohmahan-tohmahan yang dikeluarkan kepada Pakatan Rakyat.

“Kerajaan (Pakatan Rakyat) yang hendak kita buat dengan PKR dan DAP adalah kerajaan anti rasuah, bukan seperti Umno yang menipu rakyat,” katanya.

Dalam ceramah tersebut, Khalid menyelar sikap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berbelanja besar dan membeli pakaian- pakaian mahal di luar negeri.

Beliau mengaitkan Rosmah dengan Imelda Marcos (isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos) dan Leila Ben Ali (isteri Presiden Tunisia), yang membeli pakaian-pakaian mahal di Perancis dan Itali dengan menggunakan wang rakyat.

Pilihan raya umum Kerdau esok menyaksikan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menentang Hasanuddin dari PAS, dengan jumlah pengundi 8,999 orang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments