Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Dun Sarawak dibubar

 | March 21, 2011

Pembubaran Dun memberi laluan untuk PRN ke 10.

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak hari ini dibubar dengan rasmi bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) Ke-10 diadakan.

Speaker Dun Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, pengisytiharan pembubaran Dun Sarawak Ke-16 yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin telah diterima pada pagi ini.

“Pengisytiharan pembubaran Dun diterima daripada TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin mengesahkan pembubaran Dun Sarawak pada 21 Mac 2011.

“Pembubaran ini adalah mengikut Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak dan, untuk mengesahkan pembubaran tersebut Kerajaan Sarawak telah mengeluarkan gazet bertarikh 21 Mac 2011,” katanya pada sidang media di bangunan DUN baru di sini.

Asfia berkata, pengisytiharan pembubaran Dun Sarawak akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching pada petang esok.

Bagaimanapun, tempat dan masa pertemuan sebenar belum dapat ditentukan.

“Selepas penyerahan pengisytiharan ini, SPR boleh mengeluarkan writ pilihan raya negeri untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian,” jelasnya.

Ketika ini, Barisan Nasional negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi Dun selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili Dr

Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.

DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing -masing menguasai satu kerusi.

Dun Sarawak dengan 71 anggota sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini. Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei 2006.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments