Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PBBS bebas dari fahaman politik

 | March 22, 2011

Tetapi ahli-ahli bebas untuk menyertai mana-mana parti politik.

KOTA KINABALU: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang diterajui oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Lajim Ukin kekal dengan pendiriannya untuk tidak membabitkan fahaman politik dalam persatuan itu.

Lajim berkata pihaknya memberikan kebebasan kepada para ahlinya untuk menyertai mana-mana parti politik berdasarkan keselesaan, kepercayaan serta pemahaman yang boleh menjamin masa depan mereka.

Bagaimanapun beliau menaruh keyakinan barisan Ahli Majlis Tertinggi (PBBS) menyokong serta menyertai parti kompenan Barisan Nasional (BN) di negeri ini yang telah terbukti sebagai parti yang dapat membawa kestabilan politik dan kemajuan untuk rakyat termasuklah masyarakat Bisaya sendiri.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Pemuda 1 Beaufort 1 Malaysia di Beaufort, Lajim yang juga ahli majlis tertinggi dalam Umno berkata PBBS tidak akan mengikut langkah yang diambil oleh Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (Usbo) yang meluluskan usul memperakukan cadangan menyertai Barisan Nasional (BN) secara rasmi sebagai gabungan pada Sabtu lepas.

“Apabila kita berbincang soal budaya, suku kaum, perpaduan serta adat resam ahli-ahli (PBBS) tetap bersatu melupakan pemahaman politik untuk menjamin kepentingan bangsa di masa depan” katanya.

Dalam pada itu, semasa mesyuarat agung tahunan ke-21 Usbo, perwakilan dari 20 cawangan dari seluruh negeri turut mengekalkan Datuk Salleh Tun Said yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, sebagai presiden untuk menerajui persatuan itu.

Juga dikekalkan dalam jawatan mereka masing-masing ialah Timbalan Presiden Pandikar Amin Haji Mulia yang juga Speaker Dewan Rakyat, Amir Kahar Tun Mustapha dan Chandramata Sinteh.

Sementara itu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri berkata keputusan Usbo untuk menyertai BN sebagai ahli gabungan adalah sebagai komitmen sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak di peringkat Pusat dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman di peringkat negeri.

“Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong dasar kerajaan BN, kita berharap penyertaan dalam gabungan ini dapat memberi sumbangan bermakna termasuk dalam merealisasikan konsep gagasan 1Malaysia yang menekankan aspek perpaduan nasional dan memelihara kepentingan rakyat,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments