Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Laporan muka depan Utusan Malaysia adalah fitnah

 | March 26, 2011

Laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat - Rafizi Ramli.

PETALING JAYA:  PKR mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia hari bini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.

Pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli berkata, laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pemimpin bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Anwar tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Rafizi memberitahu masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat Selective Tweets.

“Oleh yang demikian, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam seperti dalam petikan skrin,” jelas beliau.

Katanya lagi, “pada masa ini jugalah iaitu di antara jam 10.20 malam hingga 10.41 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik.

“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter.

Pesanan-pesanan yang dihantar jelas adalah pesanan yang dibuat olehnAnwar kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut -pengikutnya yang diketahui umum.

“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Anwar,” ujar beliau.

Blog-blog Umno memfitnah Anwar

Rafizi juga mengemukakan bukti yang mematahkan fitnah yang disiarkan oleh blog-blog yang dibiayai Umno termasuk yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Kata beliau, mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter.

“Ini adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

“Dengan pendedahan ini katanya, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” ujar beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments