Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pertahan jawatan Naib Presiden PAS, jika dicalonkan

 | March 28, 2011

Saya tidak berminat kerusi timbalan, saya beri laluan kepada orang lain - Tuan Ibrahim.

PETALING JAYA: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan parti itu yang turut mengadakan pemilihan pada bulan Jun depan jika beliau dicalonkan.

Ketika dihubungi hari ini, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, “saya akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS kalau ada pencalonan.”

Di tanya mengenai jawatan Timbalan Presiden beliau berkata, “saya tidak berminat merebut kerusi timbalan……saya beri laluan kepada orang lain.”

Keputusan Tuan Ibrahim itu sekaligus mengenepikan desas desus bahawa beliau berminat untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Jawatan nombor dua dalam parti itu kini dipegang oleh Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa yang mengalahkan dua pencabar, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu pada pemilihan 2009.

Mohamad telah menyatakan kesediaannya bertanding jawatan timbalan presiden sekali lagi tetapi Nasharuddin dan Husam belum membuat keputusan.

Bagaimanapun, difahamkan Husam tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini manakala jawatan Presiden PAS yang kini dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka tidak ditandingi.

Tuan Ibrahim berkata, beliau masih boleh memberi sumbangan kepada PAS
walaupun tidak bertanding jawatan timbalan presiden.

Katanya, apa yang penting ialah PAS terus kuat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mesyuarat kawasan PAS sedang berlangsung bermula 10 Mac lalu hingga 10 April depan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments