Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pencalonan Husam sebagai presiden PAS adalah `wajar’

 | April 13, 2011

PAS kawasan Bukit Bintang menjadi perhatian apabila mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai presiden dalam muktamar PAS pada Jun ini.

PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan pencalonan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sebagai Presiden PAS merupakan kepercayaan yang ‘wajar’ oleh perwakilan dan dibuat tanpa sebarang prejudis.

Mendukung prinsip parti yang membuka ruang kepada sesiapa untuk mencalon dan dicalon, Nasrudin berkata,  isu siapa yang dicalonkan sepatutnya tidak timbul.

Beliau berkata,  perwakilan yang dilantik daripada seluruh negeri mempunyai hak untuk membincangkan sesiapa untuk dicalonkan.

Katanya,  mana-mana calon yang menang atau kalah kelak perlu kembali kepada perjuangan parti dan menerimanya secara terbuka.

“Dalam membincangkan isu ini kepercayaan wajar disandarkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan tepat tanpa rasa prejudis.

“Andai calon yang yang disokong itu menang atas dasar prinsip parti bantulah untuk terus berjuang dan beristighfar. Andai calon yang disokong kalah usah kecewa apa lagi untuk mogok dan tinggalkan perjuangan,” katanya yang memberikan pandangan peribadi beliau kepada FMT.

PAS kawasan Bukit Bintang menjadi perhatian apabila mencalonkan Husam sebagai presiden menjelangnya muktamar PAS pada Jun ini.

Pencalonan ini merupakan yang pertama seumpamanya dan mendapat perhatian memandangkan kawasan Bukit Bintang ini pernah mencalonkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai calon presiden pada pemilihan muktamar dua tahun lalu.

Namun Nik Aziz memberi laluan kepada Abdul Hadi.

Muktamar pemilihan PAS akan diadakan di Taman Melewar, Gombak bulan Jun depan.

Ketika ditanya mengenai pencalonan ini menggambarkan ‘mood’ ahli yang menolak kepimpinan Hadi, beliau bagaimanapun mengambil pendekatan sebaliknya.

“Saya tidak mahu merosakkan ‘mood’ ahli-ahli parti disebabkan jentera PAS kini bertungkus lumus di pilihan raya negeri Sarawak,” katanya ringkas.

Memetik laporan sebuah akhbar harian hari ini, dua naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub berkata pencalonan Husam itu tidak memberi gambaran bahawa keseluruhan parti menolak kepimpinan Abdul Hadi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments