Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

AG dijangka tetap dakwa Anwar, kata Saifuddin

 | April 19, 2011

Ini tidak mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku di mana Anwar dihadapkan ke mahkamah kerana difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

PETALING JAYA: PKR yakin Peguam Negara (AG), di bawah arahan Barisan Nasional (BN), tetap mencari jalan untuk mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah walaupun beliau menafikan bahawa beliau sebagai ‘pelaku’ dalam klip video lucah itu.

“Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Anwar,” kata Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata, “ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Anwar dihadapkan ke mahkamah kerana difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

“PKR kesal kerana BN terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.

Beliau merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan video seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Menurut Saifuddin, Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segera kepada Peguam Negara.

“Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Anwar dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu.

Acry Sani juga dipetik oleh The Star hari ini sebagai berkata, Datuk T mungkin didakwa atas kesalahan mengedar bahan-bahan pornografi di bawah Seksyen tersebut.

Ketiga-tiga datuk yang mendedahkan identiti mereka ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik, tokoh perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments