Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Husam belum putus tapi bayangkan tidak tanding timbalan presiden

May 20, 2011

Beliau bagaimanapun, belum memberi kata putus atas alasan belum menerima surat tawaran rasmi bertanding dari parti.

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti bulan depan.

Beliau bagaimanapun, belum memberi kata putus atas alasan belum menerima surat tawaran rasmi bertanding dari parti.

Husam yang bertanding jawatan tersebut pada 2009 seperti terkejut apabila mendapat tahu dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS.

“Kubang Kerian telah mencalonkan orang lain, itu syarat supaya orang lain bertanding jawatan timbalan presiden,” katanya dalam sidang media di Kota Baru.

Bagaimanapun, beliau tidak kecewa kerana bahagiannya Kubang Kerian tidak mencalonkan beliau bertanding timbalan.

“Bahagian sendiri tu demokrasi, kalau saya nak saya boleh suruh calon. Tetapi dia mungkin dah jadi indikator  bahawa  satu calon patut jadi…”tambahnya.

Husam juga ditanya adakah beliau akan bertanding jawatan ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

“Saya dak ingat orang calon AJK aja. Jadi ada berita tu, kita dengar dulu bagaimana, mungkin berita itu tidak betul.

“Yang ini banyak masa lagi, ” tambahnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments