Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Akhbar web DAP Roketkini dilancar

 | May 24, 2011

Pemimpin DAP Teresa Kok mengakui sudah tiba masanya parti itu mendekati semua bangsa.

PETALING JAYA: Parti pembangkang DAP hari ini melancarkan sebuah portal berita bahasa Melayu bernama Roketkini.com.

Roketkini yang menyasarkan golongan Melayu, menampilkan rencana, berita dan wawancara. Wawancara dengan ahli majlis negeri Selangor, Teresa Kok adalah yang akan menarik minat orang Melayu.

Dalam wawancaranya, Teresa  mengakui sudah tiba masanya untuk DAP untuk mendekati semua bangsa.

Satu lagi artikel yang menarik adalah ‘Mengenali DAP’ di mana rencana mengenai salahsilah DAP.

Dalam Roketkini juga terdapat berita politik, seni budaya, kenyataan akhbar dan lain-lain.

Politik perkauman

DAP sebuah parti majoriti ahlinya kaum Cina itu sering diserang oleh Umno, dengan menggunakan media perdana bahawa DAP adalah sebuah parti  yang mengamalkan politik perkauman.

Naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan kerana Umno cuba melabelkan DAP sebagai sebuah parti cauvinis kaum Cina.

Jadi, tujuan DAP melancarkan portal berita Roketkini dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini.

Menurut Zairil Khir Johari yang menganggotai lembaga penasihat portal berita berkata,  DAP tidak berniat hanya menyediakan maklumat bagi penduduk bandar sahaja, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar.

Roket bahasa Malaysia

Zairil juga berkata DAP tiada sokongan akar umbi di kawasan luar bandar walaupun ada akhbar Roket versi Bahasa Malaysia.

Parti, katanya sukar mengedarkannya kerana masalah permit Kementerian Dalam Negeri.

“Dengan adanya Roketkini masalah ini akan dapat diselesaikan meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Roketkini juga menyediakan rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook supaya para pengguna internet mudah akses kepada Roketkini.

Dengan adanya Roketkini, DAP dilihat bakal bersaing  menguasai pengundi Melayu dan juga penduduk luar bandar.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments