Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Kumpulan ‘Erdogan’ dalam PAS?

 | May 25, 2011

Panelis perjelas definasi Erdogan dalam konteks PAS

KUALA LUMPUR: Dua calon jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad sepakat golongan Erdogan dalam PAS merujuk kepada perbezaan pendekatan dan aliran pemikiran.

“Perbezaan yang wujud hanya dari sudut aliran pemikiran dan pendekatan berbeza untuk mencapai benda yang sama seperti lebih inklusif,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau berkata demikian dalam satu forum bertajuk “Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly pula mengatakan bahawa ia merujuk kepada mereka yang berupaya melakukan ‘engagement’.

“Umpamanya, allahyarham Fadzil Noor menjadikan PAS bersifat lebih nasional dengan bertanding di kawasan majmuk kerana Islam itu ‘rahmatilalamin’ atau pembawa rahmat yang merentasi semua kaum dan agama,” kata Dr Dzulkefly.

“Garis yang lebih penting adalah kesediaan untuk membawa Islam dalam demokrasi dan bersedia untuk membuat ijtihad dan konsepsi,” tambah beliau.

Pro-perubahan

Sementara itu, pemerhati politik PAS dan pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Aziz Bari menjelaskan perbezaan kumpulan ‘ulama’ dan ‘Erdogan’ lebih mudah dijelaskan sebagai pro-perubahan yang dianggap penting.

“Selagi PAS tidak menjadi pro-perubahan, PAS akan gagal untuk mewujudkan sistem dua parti. Kita bukan nak cari Imam. Kita nak cari panglima,” ujar Aziz.

“Perwakilan kena fikir alternatif untuk rakyat dan PAS terkebelakang dalam hal ini. Jika tidak, PAS tidak layak mengganti Umno,” jelas Aziz.

Forum yang turut disertai calon AJK Pusat Dato’ Kamaruddin Jaafar ini dianjurkan oleh ‘Free Public Forum’ (FPF) dan Institut Perihal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments