Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

MB Kedah tidak tanding naib, timbalan presiden PAS

May 25, 2011

Bagaimanapun beliau akan bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam muktamar kali ini dari 3 hingga 5 Jun.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden mahupun Naib Presiden PAS pada muktamar PAS ke-57 bulan depan.

Setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Mohd Khalid, berkata ini adalah kerana Azizan ingin memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Tanding AJK

“Bagaimanapun beliau akan bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam muktamar kali ini dari 3 hingga 5 Jun.

“Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pergerakan-pergerakan PAS kawasan yang telah mencalonkan beliau bagi jawatan terbabit,” katanya.

Azizan adalah antara yang menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden selain penyandang Nasharudin Mat Isa; Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Anggota Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Dengan itu, pertandingan bagi jawatan nombor dua itu melibatkan Nasharuddin, Mohamad dan Tuan Ibrahim setelah Salahuddin dan Husam mengumumkan tidak akan bertanding.

– Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments