Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Petronas Dagangan dijangka beri kadar dividen lebih tinggi

May 25, 2011

Bayaran dividen itu kira-kira 70 peratus yang diterjemahkan kepada 61.5 sen dividen bersih sesaham berikutan catatan tunai bersih RM1 bilion.

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB), yang mempunyai tunai bersih RM1 bilion sehingga akhir Mac 2011, dijangka terus
bermurah hati memberikan pembayaran dividen bagi tahun kewangan akan datang.

HwangDBS Vickers Research berkata ia menganggarkan bayaran dividen itu kira-kira 70 peratus yang diterjemahkan kepada 61.5 sen dividen bersih sesaham (DPS).

Semalam, PDB mengisytiharkan DPS khas dan kasar terakhir 60 sen, yang merupakan lebih tinggi daripada jangkaan, kata syarikat penyelidikan itu di dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2011, keuntungan pracukai syarikat itu  melonjak RM1.21 bilion berbanding dengan RM1.05 bilion yang dicatatkan pada  2010.

Perolehan meningkat kepada RM23.27 bilion daripada RM20.69 bilion sebelum  ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa, PDB berkata ia menjangka keuntungann bagi tempoh kewangan semasa dicatatkan lebih rendah.

Ini adalah berikutan tempoh kewangan selama sembilan bulan, yang timbul dari perubahan tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac sebelum ini hingga 31 Disember, mulai 2011.

Bagaimana pun, HwangDBS memberitahu Bernama bahawa 70 peratus pembayaran dividen masih berdasarkan tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Sehingga ini, HwangDBS menyarankan “pegang” bagi saham PDB dengan harga sasaran RM12.75.

Sehingga jam 11.33 pagi, harga saham PDB dicatatkan meningkat 40 sen kepada RM15.70.

– Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments