Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tiada arahan calonkan Hadi saja sebagai presiden

 | May 25, 2011

Penukaran presiden tidak perlu kerana Hadi pilihan terbaik perwakilan

KUALA LUMPUR: Bendahari PAS Dr Hatta Ramli menjelaskan tiada arahan supaya hanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja dicalonkan sebagai presiden.

“Memang tiada arahan sebegitu,” kata Hatta secara bersahaja dalam satu temu ramah dengan FMT pagi semalam di Pejabat Agung PAS.

“Kita tak perlu menukar sebab ini pilihan perwakilan,” kata Dr Hatta yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden dan ahli jawatankuasa (AJK) pusat.

Beliau menjelaskan bahawa penukaran presiden parti  Abdul Hadi adalah isu besar untuk perwakilan.

“Perwakilan tidak menukar kerana tiada keperluan dan presiden adalah terbaik,” ulas Dr Hatta mengenai Hadi yang mengekalkan kuasa sebagai presiden setelah menang tanpa bertanding dalam sesi muktamar PAS yang akan berlangsung pada 3 Jun ini.

Ini juga tidak bermakna bahawa presiden tidak boleh ditukar.

“Tan Sri Mohd Asri Muda meletak jawatan manakala Yusof Rawa tidak mahu dicalonkan. Fadzil Noor pula meninggal dunia,”katanya mengenai trend presiden PAS sebelum ini melepaskan jawatan.

“Kalau berhenti masa pencalonan, ahli boleh calonkan sesiapa pun,” tambah Hatta.

Hatta yang juga ahli parlimen turut memberikan penilaiannya terhadap kepimpinan Hadi.

“Hadi bertuah kerana mengambil alih dari Allahyarham Fadzil Noor dalam konteks kerjasama yang kuat dengan parti lain.  Beliau menyambung asas yang dibina Fadzil dalam tahun 1990 dan 1999,” kata Hatta merujuk kepada usaha kerjasama seperti Majlis Perundingan Cina dan seterusnya kerjasama PAS dengan DAP dalam pilihanraya 1999.

Hadi telahpun berjaya meyakinkan ahli peri pentingnya kerjasama ini dan kemuncaknya adalah keputusan pilihanraya umum 2008 dan yang terbaru adalah pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang melibatkan masyarakat bukan Islam, tambah Hatta.

Lihat juga:

Calon naib presiden PAS perlu bentang manifesto


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments