Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Ahli SPDP bimbang presiden berdiam diri

May 26, 2011

Parti itu kalah dalam dua kerusi penting iaitu Ba' Kelalan dan Krian.

MIRI: Sekumpulan anggota Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bimbang dengan pendirian kepimpinan parti untuk untuk terus berdiam diri dalam isu mengenai masa depan parti itu ekoran prestasinya dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Parti itu kalah dalam dua kerusi penting pada pilihan raya itu, iaitu Ba’ Kelalan dan Krian, manakala presiden parti Datuk Seri William Mawan Ikom menang dengan majoriti yang menyusut di Pakan, menurut mereka dalam satu kenyataan bersama kepada Bernama di sini, yang dihantar menerusi e-mail susulan mesyuarat mereka di Kuching semalam.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Paulus Gumbang (Batu Danau), Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Sylvester Entri Muran (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan beberapa anggota jawatankuasa eksekutif pusat parti.

Berdiam diri

Menurutnya semua pihak, sama ada Barisan Nasional mahupun pihak pembangkang yang mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri yang tamat pada 16 April itu, sudah membuat ulasan mengenai prestasi dan masa depan mereka, kecuali SPDP.

“Tindakan berdiam diri presiden amat ketara, kehilangan dua kerusi penting di Ba’Kelalan dan Krian, amat membimbangkan. Presiden SPDP sendiri hampir tewas, dengan majoriti hanya lebih 1,000 undi,” menurutnya.

Kumpulan itu sependapat bahawa meletakkan muka baru Willie Liau mungkin menjadi salah satu punca kekalahan parti di Ba’Kelalan, yang kini dimiliki oleh orang kuat PKR Baru Bian, namun alasan yang sama tidak boleh dipakai terhadap kekalahan mereka di Krian, di mana timbalan presiden parti Datuk Peter Nyarok kalah kepada calon PKR yang kurang popular Ali Biju dengan 2,090 undi.Berhubung prestasi presiden parti di Pakan, mereka berkata undi simpati tidak boleh diterima sebagai alasan apabila pencabar tunggalnya Jamal Abdullah @  Tedong Gunda dari SNAP berjaya memperolehi 2,741 undi, berbanding undi yang diterima presiden 3,938.

“Sekiranya undi untuk SNAP adalah undi simpati, undi itu seharusnya pergi kepada Presiden Presiden SNAP (Edwin Dundang yang hilang sweng deposit dalam pertembungan di kawasan dewan undangan negeri Marudi),” menurutnya seperti dilapor Bernama hari ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments