Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Kenyataan Nik Aziz tidak pengaruhi keputusan ahli PAS

 | May 27, 2011

Perwakilan kini dianggap sudah matang dan bijak memilih seseorang calon berdasarkan kredibiliti, bukannya asal-usul mengikut negeri tertentu.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menafikan wujudnya sikap ‘berpuak- puak’ semasa pemilihan nanti memandangkan Husam Musa dan Mohd Amar Abdullah merupakan calon daripada Kelantan.

Ini kerana Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik akhbar Sinar Harian hari ini secara terbuka menyatakan sokongan penuh dua calon terbabit bertanding bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran di Kelantan nanti.

Begitu juga dengan Salahuddin Ayub yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Namun mengulas mengenai situasi ini, Halim menegaskan perwakilan kini dianggap sudah matang dan bijak memilih seseorang calon berdasarkan kredibiliti, bukannya asal-usul mengikut negeri tertentu.

“Saya tiada kuasa untuk menyekat beliau (Nik Aziz) untuk membuat sebarang kenyataan. Saya kenal Tok Guru dan tidak fikir kenyataan beliau tidak banyak mempengaruhi keputusan perwakilan dan mungkin berlaku keputusan sebaliknya.

Orang PAS bijak

“Saya juga tidak bimbang kerana orang PAS bijak dan peka untuk membuat sebarang keputusan mengenai calon yang dipilih kelak,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Sementara itu,memperincikan barisan calon yang bakal bertanding pada Muktamar kali ini, Abdul Halim berkata bagi jawatan Presiden

Datuk Seri Abdul Hadi Awang disahkan menang tanpa bertanding, manakala jawatan timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru antara tokoh profesional dan ulama’.

Mereka adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamad Sabu diikuti penyandang jawatan Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan persaingan baru yang tersenarai iaitu Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jawatan naib presiden cukup sengit apabila membabitkan pertandingan enam penjuru dan muka-muka baru yang tersenarai dijangka memberi persaingan sengit bagi dua penyandang jawatan itu iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Tiga yang lain iaitu dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Amar Abdullah serta Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

Bagi jawatan AJK PAS Pusat terdapat 53 calon yang bertanding namun hanya 18 calon sahaja yang akan dipilih.

Antara penyandang yang mengekalkan jawatan AJK itu termasuklah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ahli Parlimen

Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Mazlan Aliman, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr

Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Paroi Mohamad Taufek Abdul Ghani, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, Abdul Ghani Abdul Rahman, Abdul Ghani Shamsudin, Datuk Abu Bakar Chik dan exco kerajaan negeri Kedah Ir Amirudin Hamzah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menang tanpa bertanding, manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memperlihatkan pertandingan dua penjuru membabitkan penyandang Nuridah Mohd Salleh dan Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff.

Buat julung kalinya bekas calon pilihan raya kecil Tenang Normala Sudirman bertanding bagi dua jawatan membabitkan AJK PAS Pusat dan juga Naib Ketua DMPP.

Bagi Dewan Ulama’ tiada sebarang pertandingan dan keputusan hanya akan diumumkan pada 2 Jun depan di Taman Melawar Gombak.

Dewan Ulama’ tiada pertandingan

Menurut Abdul Halim, ini merupakan kali pertama tiada pertandingan dalam Dewan Ulama’ berasaskan dari segi akhlak untuk tidak merebut jawatan yang lebih tinggi antara calon.

Muktamar pada kali ini juga membabitkan 750 orang perwakilan daripada Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama’ manakala bagi Jawatankuasa PAS Pusat terdiri daripada 1,100 perwakilan.

Sementara itu, Abdul Halim berkata pengumuman bagi calon yang menang bagi Dewan Pemuda dan Muslimat ialah pada 2 Jun di Shah Alam.

Manakala bagi Jawatankuasa PAS Pusat, perwakilan akan membuang undi pada 3 Jun dan pengumuman calon yang menang hanya akan diumumkan pada 4 Jun di Taman Melawar Gombak.

Dibawah merupakan senarai nama bagi calon yang akan bertanding Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

Presiden: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden:

Mohamad Sabu,

Nasharudin Mat Isa,

Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden:

Datuk Husam Musa

Idris Ahmad

Datuk Mahfuz Omar

Datuk Amar Abdullah

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin
Salahuddin Ayub

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) selain yang disebut di atas:

Abdul Wahid Endut

Ahmad Sabki Yusof

Aiman Athirah Al-Jundi

Apandi Mohamad

Asmuni Awi

Azman Shapawi

Dr Halimah Ali

Hamzah Abdullah

Dr Hamzah Jaafar

Hishamuddin Sulaiman

Iskandar Abdul Samad

Kamal Ashaari

Khalid Samad

Khalil Idham Lim

Datuk Dr Mahfodz Mohamed

Misbahul Munir Masduki

Mohamad Nor Mohamad

Datuk Amar Abdullah

Mohd Anuar Tahir

Firdaus Jaafar

Dr Hatta Md Ramli

Mohd Nasir Mustafa

Mohd Salleh Man

Mohd Zainuddin Mohd Yusof

Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Muhammad Husain

Mumtaz Mohd Nawi

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Nik Zawawi Salleh

Norazli Musa

Normala Sudirman

Nuridah Salleh

Razman Zakaria

Riduan Mohd Nor

Rosidi Hussain

Sa’ari Sungib

Suhaizan Kaiat

Wan Hasrina Wan Hassan

Zulkefly Muhamad Omar

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP): Nasrudin Hassan Tantawi (menang
tanpa bertanding)

Timbalan Ketua :

(DPPP):Azman Shapawi

Mohd Firdaus Jaafar

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Suhaizan Kaiat

Naib Ketua (DPPP):

Mohd Nasir Zakaria

Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DPPP):

Nuridah Mohd Salleh

Siti Zailah Mohd Yusoff

Timbalan Ketua (DPPP):

Siti Mariah Mahmud

Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua (DPPP):

Mastura Mohamad

Mumtaz Md Nawi

Dr Najihatussalehah Ahmad

Normala Sudirman


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments