Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS akui persaingan sengit jawatan Timbalan dan Naib Presiden

 | May 27, 2011

Ini memandangkan calon-calon yang bertanding mempunyai personaliti dan pengikut yang tersendiri.

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan persaingan bagi merebut jawatan Timbalan dan Naib Presiden pada pemilihan muktamar kali ini pada 3 Jun depan paling sengit memandangkan calon yang bertanding mempunyai personaliti dan pengikut yang tersendiri.

Merujuk kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata,

“Perkara ini jelas apabila Nizar dilihat sebagai ‘calon popular’ yang mengisi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden.”

Katanya, bekas Menteri Besar Perak daripada golongan profesional itu dilihat berpotensi menarik pengaruh dan pengundi muda dalam parti.

“Begitu juga dengan (Dato’) Mahfuz (Omar), Salahuddin (Ayub), dan calon lain yang dianggap hebat kerana sudah ada pengikutnya yang tersendiri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Populariti Nizar melonjak selepas isu rampasan kuasa di Perak oleh Barisan Nasional sehingga membangkitkan kemarahan rakyat.

Selain Nizar, lima calon lain yang bertanding merebut jawatan ketiga tertinggi dalam PAS adalah penyandangnya Salahuddin dan

Mahfuz, Ketua Penerangan Idris Ahmad, serta Exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Manakala bagi Timbalan Presiden, persaingan sengit dilihat antara penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dengan calon pilihan Tuan Ibrahim Tuan Man, namun kehebatan AJK PAS Pusat Mohamad Sabu tidak boleh dipandang enteng.

Sementara itu, Abdul Halim turut mengingatkan calon yang ingin menarik diri disaat akhir perlu mengemukakan surat rasmi kepada

Jawatankuasa Pemilihan dan bukannya melalui kenyataan secara terbuka atau melalui media.

“Kalau situasi itu namanya sudah tidak boleh dipadamkan lagi dalam senarai dan semasa muktamar calon yang nak tarik diri itu kena bagi taklimat kepada perwakilan serta alasannya supaya tidak timbul kekeliruan semasa pemilihan nanti.

“Tetapi masing-masing sudah beri komitmen untuk bertanding, takkan boleh berubah sikap dalam masa dua hari,” katanya yakin.

Tidak boleh berkempen semasa muktamar

Selain itu, beliau turut mengingatkan calon supaya tidak berkempen semasa muktamar nanti kerana jelas bertentangan dengan Fasal 82 Perlembagaan PAS.

Beliau juga menolak dakwaan calon-calon terlibat dipengaruhi unsur luar bagi menerajui parti itu.

“Kalau tengok calon yang bertanding, saya tak nampak mereka dipengaruhi unsur luar sama ada PKR, DAP mahu pun NGO,” katanya.

Muktamar Tahunan parti itu akan diadakan dari 3 hingga 5 Jun depan di Pusat Tarbiyah Taman Melewar, Gombak dekat sini manakala
Mesyuarat Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan diadakan pada 2 Jun, masing-masing di pejabat SUK dan MBSA di Shah Alam


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments