Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Majlis Syura ‘pemandu’ parti, kata Abdul Hadi

 | June 5, 2011

Presiden PAS berkata, Majlis Syura itu penting dan mereka wajib mendalami ilmu Islam dan bukan setakat mengaji semata-mata.

Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57

GOMBAK:  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Majlis Syura sebagai ‘pemandu’ kepada parti sekaligus menolak dakwaan sesetengah pemimpin PAS yang memperkecilkan Dewan Ulama.

Jawapan Hadi itu selaras dengan ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din yang menolak dakwaan bahawa Dewan Ulama’ tidak turun padang.

“Majlis Syura itu penting dan mereka wajib mendalami ilmu Islam dan bukan setakat mengaji semata-mata. Kita angkat Majlis Syura ini untuk membuat sebarang keputusan penting,” katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.

Hadi turut mengingatkan perwakilan dan pemimpin agar tidak terikut dengan rentak parti lain menggunakan isu video untuk memfitnah individu lain.

Menurut Hadi, sebarang fitnah tidak boleh dilemparkan kepada individu lain termasuk kepada para menteri Umno.

“Isu fitnah ini ditangani dengan ilmu dan jangan terikut dengan parti lain. Kita ada adab parti dan akhlak sendiri…..fitnah membabitkan khalwat dan zina berpegang kepada empat saksi.

“Bila mereka tuduh seseorang berzina…… video tidak boleh menjadi saksi. Yang boleh selesaikan adalah melalui syariat Islam.

“Kita istiqamah dengan kes ini….malah saya ingatkan kita (PAS) tidak boleh fitnah menteri-menteri Umno. Tiada empat saksi maka individu yang menuduh boleh dikenakan hukuman qazaf,” katanya yang merujuk kepada isu video seks membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments