Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

KPLB Sabah nafi sekat projek

 | June 7, 2011

Sabah merupakan negeri yang mencapai keputusan terbaik dalam mengimplimentasikan projek dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah khususnya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Papar, Abdul Rahim Ismail bahawa sesetengah projek pembangunan yang diperuntukan oleh Kementerian Luar Bandar Pesekutuan disekat.

Menterinya, Ewon Ebin berkata Sabah merupakan negeri yang mencapai keputusan terbaik dalam mengimplimentasikan projek dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) terutamanya jalan raya, Program elektrik, program bekalan air dan program bantuan perumahan kepada golongan termiskin.

Katanya, taklimat bagi setiap perlaksanaan projek ini diadakan hampir setiap bulan kepada jawatankuasa di peringkat negeri dan pusat, iaitu KPLB dipengerusian oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, dan KKLW dipengerusikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala mesyuarat Petugas Khas Penyampaian dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Isu mengenai penyekatan atau tiada dilaksanakan tidak pernah dibawa ke mesyuarat ini dan projek yang dijalankan dikehendaki disiapkan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.

Dr Ewon berkata, pretasi Sabah dalam menyiapkan program bantuan rumah tahun lalu telah mencapai hampir 100 peratus yang mana sejumlah 2,348 unit rumah telah dibina dan 319 buah rumah diperbaiki.

Katanya, untuk tahun ini (2011), peruntukan sejumlah RM103 juta sudah diluluskan untuk pembinaan sebanyak 2,439 buah rumah baru dan membaiki 77 buah rumah.  Pada ketika ini, semua pegawai daerah di negeri ini sedang melaksanakan projek ini dan dijangka siap mengikut jadual.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menohon lebih peruntukan yang akan digunakan untuk membina lebih banyak rumah kepada gologan termiskin tetapi kerajaan persekutuan hanya meluluskan sebanyak RM103 juta tahun ini.

Katanya, peruntukan yang lebih juga diminta dibawah NKRA untuk jalan raya, keperluan bekalan air bersih dan program elektrik bagi luar bandar tetapi tidak semua permintaan diluluskan.

“Untuk bekalan air bersih ke kawasan luar bandar, hanya Jabatan Air Negeri sahaja yang mempunyai kuasa melaksanakan tender ini dan memberikannya kepada kontraktor kelas E dan F. Pemberian tender kepada Kontraktor kelas D dan ke atas akan diputuskan oleh KKLW. Projek penyambungan elektrik pula diserahkan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) oleh kerajaan persekutuan.

“Sebanyak 16,000 rumah golongan miskin akan mendapat faedah daripada pemasangan elektrik dengan hanya perlu bayar RM14.20 sebulan,” jelasnya.

Tambah Ewon, adalah tidak benar jika mengatakan bahawa peruntukan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan diberhentikan. Kerajaan negeri sentiasa menggalakkan lebih banyak peruntukan yang diberikan untuk mengimplimentasi pelbagai projek yang akan dinikmati oleh masyarakat.

Oleh itu, tuduhan yang dibuat oleh Rahim tidak berasas dan daerah Papar merupakan dearah yang menerima peruntukan yang terbanyak dalam program pembasmian kemiskinan dari KPLB termasuklah projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) di kampung Kinosoludon yang mana seluas 500 ekar benih getah ditanam dan projek perumahan bernilai RM3.9 juta.

Kementerian Dalam Negeri juga meluluskan sejumlah RM517,700 tahun lalu dan RM346,500 tahun ini untuk mengimplimentasi projek pembangunan luar bandar di daerah itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments