Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Laman web digodam, gugat keselamatan negara

 | June 17, 2011

Ahli Parlimen Kubang Kerian cadang usul menangguhkan sidang Dewan Rakyat untuk membincangkannya kerana ia berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mencadangkan agar sidang Dewan Rakyat membincangkan usul serangan ke atas laman web negara yang digodam sejak semalam oleh satu kumpulan luar negara digelar ‘anonymous’.

Usul menangguhkan sidang mengikut peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) untuk membincangkannya disebabkan perkara itu melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Naib Presiden PAS itu berkata serangan terhadap laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my itu serius dan menggugat keselamatan negara disebabkan ia menyerang maklumat rasmi negara.

“Pada saat ini sahaja sudah hampir 51 (laporan media – Bernama) laman web rasmi kerajaan telah digodam dengan serangan pihak yang tidak bertanggungjawab di luar sana dengan hasrat untuk melumpuhkan kerajaan melalui maklumat internet ini.

Sebenarnya kerisauan bertambah jika kaedah yang sama ini digunakan bagi tujuan yang tidak mampu di atasi oleh pihak kerajaan terutamanya berkaitan keselamatan negara.

“Keseriusan serangan terhadap laman web rasmi kerajaan ini dan meletakkan ia satu tindakan yang akan menggugat keselamatan negara dalam konteks pertahanan negara jika ianya dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan drastik pihak kerajaan.

“Walau apapun hasrat pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut terhadap negara kita, tetapi apa yang paling penting ianya boleh menyebabkan negara kita lumpuh jika ianya menyerang maklumat rasmi dan keselamatan negara kita.

“Perkara ini adalah suatu yang amat serius dalam negara berdepan dengan pihak yang yang menggunakan kemudahan tanpa sempadan ini bagi tujuan yang amat memalukan negara dan menggugat keselamatan
negara kita,” katanya dalam surat yang ditulis kepada Yang

Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Dilaporkan sebanyak 51 laman web.gov.my digodam sejak semalam sehingga awal pagi ini menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Antara laman web rasmi milik kerajaan yang digodam termasuklah; www.1malaysia.com.my, www.parlimen.gov.my, www.sprm.gov.my, www.sabahtourism.com, www.malaysia.gov.my dan lain-lain.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments