Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS setuju formula pembahagian kerusi 2008

 | June 21, 2011

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerusi campuran akan ditandingi oleh PKR, kerusi majoriti Melayu oleh PAS dan kerusi Cina oleh DAP.

PETALING JAYA: PAS hari ini mengesahkan status quo pembahagian kerusi yang digunapakai pada 2004 dan 2008 akan diteruskan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerusi campuran akan ditandingi oleh PKR, kerusi majoriti Melayu oleh PAS dan kerusi Cina oleh DAP.

Bagaimanapun, kata pesuruhjaya PAS Pahang itu, Majlis Pakatan Rakyat yang merupakan badan tertinggi pembuat keputusan.

“Tetapi kita juga melihat kepada faktor kerusi di kalangan Pakatan Rakyat akan selesai sebelum akhir tahun ini, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Tetapi kita melihat juga parti mana yang paling berpotensi untuk menang sebelum menentukan pembahagian kerusi tersebut.

Potensi calon

“Ya kita mengambil kira mengenai potensi calon dan faktor lain seperti jentera pilihan raya dan sumber kewangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beberapa negeri rundingan pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat sudah memasuki peringkat akhir.

Menurutnya, jika mereka setuju cadangan tersebut akan dilanjutkan kepada majlis Pakatan Rakyat untuk dipersetujui.

Bagaimanapun, jika mereka menghadapi masalah seperti perebutan kerusi dan tidak boleh diselesaikan, isu itu akan dibawa ke majlis Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.

Ahad lalu, semasa konvensyen pilihan raya PKR di Shah Alam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, parti itu akan bertanding 97 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke 13.

Katanya, PKR akan bertanding di semua kerusi campuran dan akan meletakkan calon di semua 97  kerusi yang ditandingi pada 2008.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments