Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

SPNB tidak bersaing dengan pemaju swasta

 | June 25, 2011

"Kami membelanjakan antara RM150 juta hingga RM200 setahun melaksanakan projek perumahan untuk rakyat di seluruh negara," kata Pengerusi SPNB.

PETALING JAYA: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang terbabit dengan projek pembinaan rumah bukan mahu bersaing dengan syarikat swasta, kata Pengerusinya, Datuk Idris Haron.

SPNB merupakan syarakat menteri kewangan yang diperbadankan mempunyai tanah di 30 kawasan di seluruh negara.

Idris bekas timbalan menteri pengajian tinggi berkata, tujuan utama SPNB ialah memenuhi tanggungjawab sosial tetapi boleh melakukan aktiviti perniagaan.

“SPNB mempunyai tanah  sendiri di kebanyakan bandar utama di seluruh negara seperti Kota Baru, Alor Setar, Shah Alam dan Johor Baru.

“Kami membelanjakan antara RM150 juta hingga RM200 setahun melaksanakan projek perumahan untuk rakyat di seluruh negara.

“Ada dua program perumahan SPNB iaitu Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR).

“RMM adalah rumah yang dibina di atas tanah SPNB untuk dijual manakala RMR ialah rumah yang dibina atas tanah milik individu,” katanya ketika ditemui di Parlimen Khamis lalu.

Harga RM75, 000

Menurut Idris yang juga ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka, RMR dibina dengan harga purata RM75, 000 sebuah dan pemilik membayar secara ansuran RM150 sebulan selama 26 tahun.

Syarat pemohon untuk membina RMR ialah sudah berkahwin dan berpendapatan di bawah RM1, 5000 sebulan serta mempunyai tanah sendiri.

“Projek perintis RMR ialah di perkampungan nelayan di Terengganu dan Kelantan pada tahun 2003 dengan harga RM40, 000 sebuah.

“Oleh kerana harga barangan binaan meningkat, harga rumah RMR juga meningkat kepada RM75, 000  sebuah tetapi SPNB memberi subsidi 30 peratus bermakna mereka membayar RM50, 000 sahaja,” katanya.

Sejak tahun 2003 hingga sekarang SPNB menerima permohonan 42, 000 keluarga dan  telah membina sebanyak 15, 800 buah.

Menurut Idris, SPNB mempunyai sasaran untuk membina 2, 000 buah RMR setahun.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments