Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Rumah SPNB di Kuang tidak dapat sambutan

June 26, 2011

Daripada 1, 000 buah yang dibina, hanya 200 yang dibeli, demikian kata Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron.

PETALING JAYA: Rumah Mampu Milik (RMM) yang dimajukan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di  Kuang,  Selangor kurang mendapat sambutan.

Daripada 1, 000 buah yang dibina, hanya 200 yang dibeli, demikian kata Pengerusi SPNB,  Datuk Idris Haron.

Menurutnya,  lokasi yang agak terpencil dan masalah pengangkutan menjadi punca mengapa rumah tersebut kurabg mendapat sambutan.

Bagaimanapun beliau yakin dalam tempoh lima tahun akan datang  semua rumah tersebut habis dijual.

“Tetapi kita berusaha menjualnya lebih cepat kerana SPNB telah melabur sebanyak RM120 juta.

“Orang tunggu dan lihat tetapi kalau tunggu terlalu lama kita akan ketinggalan,” jelasnya.

11, 000 tidak dijual

Menurut Idris yang juga ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka , RMM di Kuang itu sebahagian daripada 11, 000 buah  milik SPNB yang belum dijual.

Begitupun, dakwanya, SPNB tidak menanggung kerugian itu sebaliknya pihak bank yang gagal menjulal rumah-rumah berkenaan.

“Rumah yang gagal dijual itu ada yang sudah berusia setahun, dua tahun malah empat tahun,” tambahnya.

Beliau memberi jaminan mutu dan spesikasi rumah yang dibina oleh SPNB sama dengan projek swasta tetapi harga rumah SPNB lebih murah.

Katanya, rumah SPNB lebih murah kerana pihaknya memberi subsidi kepada pembeli sebagai satu tanggungjawab sosial agensi itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments