Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Polis leraikan pertembungan Pemuda Umno dan AMK

 | June 30, 2011

Enam kereta polis yang turut berlegar-legar di kawasan ibu pejabat PKR itu.

VIDEO INSIDE

PETALING JAYA:  Polis terpaksa meleraikan pertembungan yang menyebabkan huru di perkarangan ibu pejabat PKR di Tropicana yang membabitkan Pemuda Umno dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tengah hari tadi.

Enam kereta polis yang turut berlegar-legar  di kawasan ibu pejabat PKR itu.

Ketua Balai Polis Damansara, Thomas Long kelihatan berbincang dengan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Kekacauan bermula apabila sekumpulan 30 ahli Pemuda Umno yang diketuai Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertembung dengan 50 anggota AMK yang menunggu di hadapan ibu pejabat PKR.

AMK pula  melaungkan  kata-kata provokasi kedatangan Pemuda Umno seperti ‘mamak balik’.

Pemuda Umno yang turut digelar ‘Patriot’ hadir jam 12.50 tengah hari, untuk membuat laporan polis di balai  polis Tropicana.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda  Umno, Exco Pemuda Lokman Adam dan turut serta Reezal Merican, Ketua Pemuda Wilayah Rizalman Mokhtar, ketua pemuda Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal.

Laporan itu berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa Pemuda Umno mengugut membakar ibu pejabat PKR.

Bagaimanapun, dakwaan  itu disanggah Lokman yang kemudiannya membuat laporan polis tersebut.

“Saifuddin Nasution pada 27 Jun lalu  kata saya berada di pejabat PKR dan keluarkan ugutan bahawa akan membakar pejabat terbabit.

“Beliau (Saifuddin) juga berkata kami (Pemuda) bertindak akan mencederakan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim  dan Datuk S Ambiga sekiranya perhimpunan Bersih tetap diadakan,” tambah Lokman.

Hanya fitnah

“Itu hanya fitnah dan saya diwakili peguam Kevin akan saman Saifuddin dengan jumlah 500,000.99 sen. 99 sen itu nilai diri Saifudin,” katanya dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan polis tersebut.

Malam Isnin lalu, kira-kira 600 ahli  Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR.

Lokman dan beberapa yang lain memberi ucapan yang disifatkan oleh PKR sebagai provokasi kepada mereka.

Lokman mendakwa ibu pejabat PKR itu bukan milik Anwar sebaliknya milik ahli perniagaan bernama Datuk Soh Chee Wen.

Beliau turut menafikan dakwaan Saifuddin bahawa ucapannya adalah bertujuan memberi arahan untuk membakar ibu pejabat PKR.

“Dalam ucapan saya pada malam itu tiada saya cakap nak bakar. Kenapa Saifuddin kata saya bagi arahan nak bakar? Saya cabar beliau keluarkan rakaman video seperti didakwa. Saya bagi dia lima hari buat rakaman seperti video (Datuk) Johari Abdul dan Anwar di Thailand,” katanya yang turut mewakili badan bukan kerajaan NGO lain.

Reezal Merican yang ditemui pula kecewa dengan kata-kata provokasi yang sering dilaungkan anggota AMK iaitu ‘mamak’ dan disifatkannya sebagai satu penghinaan.

“Teriakan mamak satu provokasi. Kami datang ibu pejabat ini kenapa? Kerana niat Bersih yang menjadi petualang untuk gulingkan kerajaan dengan haram.

“Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pernah berkata jika tidak boleh gulingkan kerajaan secara pilihan raya kita akan guna jalan raya dan akan kuburkan perlembagaan,” kata ketua penerangan Pemuda Umno itu.

Menurut Reezal, ‘Patriot’ akan tetap turun 9 Julai ini untuk mempertahankan tanah air.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments