Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

17 ahli PAS ditahan reman sehingga Rabu

 | July 4, 2011

"Saya diberitahu peguam DAP yang mewakili 17 ahli PAS berkenaan".

JASIN:  Tujuh belas ahli PAS Jasin ditahan reman sehingga Rabu ini kerana polis mahu meneruskan siasatan mengenal pasti individu yang membawa baju T Bersih dalam program di komplek PAS Jasin, semalam.

“Saya diberitahu peguam oleh DAP yang mewakili 17 ahli PAS berkenaan.

“Mereka dibawa di mahkamah majistret Ayer Keroh, pagi tadi dan majistret membenarkan mereka ditahan untuk siasatan lanjut sehingga hari Rabu ini.

“Pada mula polis mahu menahan mereka sehingga hari Khamis tetapi majistret membenarkan hingga Rabu sahaja,”  kata pemimpin PAS Melaka, Kamaruddin Sidek ketika dihubungi hari ini.

Mereka yang ditahan termasuk Setiausaha Kerja PAS Melaka, Ali Mahadi Rashidi, Azizan Anuar (Setiausaha Pemuda Jasin), Yuhaizad Abdullah (Ketua Pemuda PAS Melaka) dan Fauzi Maelah (Ketua Penerangan PAS Jasin).

Mereka ditahan dalam satu program PAS ganti Umno di kompleks PAS Jasin di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Baju Bersih

Menurut Kamaruddin, yang juga Yang DiPertua PAS Jasin, tangkapan dibuat berikutan penemuan lebih 100 baju-T  Bersih 2.0 di satu meja di kompleks berkenaan, walaupun tiada seorangpun peserta seminar memakainya.

“Saya diberitahu polis mahu menangkap individu yang membawa dan meletakkan baju kuning dan kain rentang  Bersih yang diletakkan di dalam dewan tetapi tidak ada seorang pun mengaku.

“Akibatnya polis menangkap 17 orang dan membawa dan menahan mereka di ibu pejabat polis (IPD) Jasin untuk ditahan,” tambahnya.

Kamaruddin menegaskan program itu bukan mengenai perhimpunan Besih sebaliknya  program PAS ganti Umno anjuran PAS Jasin.

Katanya, program tersebut dihadiri antara 30 dan 40 orang dan malam tadi penyokong parti itu berkumpul depan balai polis berkenaan bagi mendesak membebaskan semua 17 orang itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments