Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Komunis perosak, bukan membela negara’

 | July 4, 2011

Sekiranya pihak berkuasa mahupun kerajaan memerlukan khidmat mereka untuk menjaga keamanan ketika perhimpunan 9 Julai ini, Skuad 69 sedia berbakti demi negara.

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad (69) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan perhimpunan Bersih hanya memporak-perandakan negara ,lebih-lebih lagi wujud dakwaan ia mempunyai agenda komunis.

Skuad 69 yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) terdiri daripada bekas-bekas polis sejak peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 itu menolak agenda Bersih dan membantah sekeras-kerasnya perhimpunan yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Menurut Presidennya, Hashim Haron, 63, beliau dan rakan-rakan mengalami perit getir melawan komunis suatu ketika dahulu, dan tidak mahu peristiwa 42 tahun itu berulang lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjauhi perhimpunan haram itu bagi menjamin keamanan negara.

“Kami dah lalui dan rasa sepanjang peristiwa 13 Mei itu. Ada rakan-rakan kami yang cacat kekal akibat daripada perbuatan komunis.

Agenda komunis

“Kami nasihatkan agar orang ramai jauhi perhimpunan haram ini. Perhimpunan ini sudah jelas mempunyai agenda komunis dan komunis hanya merosakkan negara,bukan untuk membela negara,” katanya bersama-sama 30 rakan lain selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini petang tadi.

Menurut beliau, sekiranya pihak berkuasa mahupun kerajaan memerlukan khidmat mereka untuk menjaga keamanan ketika perhimpunan 9 Julai ini, Skuad 69 sedia berbakti demi negara.

“Kami sedia membantu sekiranya diperlukan,” katanya yang mewakili 4,000 ahli Skuad 69 di seluruh negara.

Menceritakan detik-detik peristiwa hitam itu,Hashim berkata kesengsaraan hidup masyarakat ketika itu menyebabkan kerajaan mewujudkan kampung baru demi mengelakkan anasir komunis.

“Kesengsaraan daripada fakta sejarah apabila kerajaan himpunkan penduduk sehingga wujud kampung baru di merata tempat bagi mengelak anasir komunis meresap dalam negara kita,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments