Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Khalid, Chegu Bard tetap sertai Bersih esok

 | July 8, 2011

Kedua-duanya memberi alasan tidak mendapat dokumen daripada pihak polis yang melarang mereka memasuki Kuala Lumpur esok.

PETALING JAYA: Dua pemimpin pembangkang – Khalid Samad dari PAS dan Badrul Hisham Shaharin dari PKR – mengesahkan akan menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur esok.

Khalid adalah Ahli Parlimen Shah Alam manakala Badrul Hisham atau CheguBard adalah Ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

Kedua-duanya memberi alasan tidak mendapat dokumen daripada pihak polis yang melarang mereka memasuki Kuala Lumpur esok.

“Saya tidak faham mengapa larangan tersebut dikeluarkan walhal pihak penganjur berkali-kali memberi jaminan bahawa himpunan itu akan berlangsung secara aman.

“Saya pun tak faham di mana logiknya, seperti yang diulang berkali-kali, Bersih ini bukan bertujuan mahu mencetuskan huru-hara tetapi kita ni perhimpunan aman, jadi jangan samakan Bersih dengan Israel.”

“Bersih ni bukan pertubuhan haram, ia satu program anjuran 62 buah badan bukan kerajaan (NGO) yang sah yang berdaftar. Ia merupakan program dan bukan pertubuhan, lalu saya tak faham apa alasan dan hujah pihak polis dalam perkara ini,” katanya hari ini.

Semalam, polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 individu merangkumi pemimpin NGO, Pakatan Rakyat, Pemuda Umno dan Perkasa, daripada memasuki Kuala Lumpur esok.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Manakala Badrul Hisham menegaskan beliau masih tidak menerima apa-apa dokumen rasmi daripada polis dan tetap akan menghadiri himpunan esok.

“Dokumen rasmi menghalang beliau dan 90 individu lagi daripada memasuki kawasan Kuala Lumpur esok sepatutnya dikeluarkan lebih awal bagi membolehkannya memberikan maklum balas.

“Secara undang-undang teknikalnya, saya tak pasti saya dapat ke tidak, kalau ada perintah mahkamah dia (polis) harus hantar kepada saya, perintah mahkamah tak boleh beritahu melalui media, saya pun sibuk dan saya tak tahu apa yang dilaporkan oleh media,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments