Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PSM kecam polis dakwa mereka sebar komunis

 | July 12, 2011

“Kita dapat lihat angkuhnya Ketua Polis Negara. Percakapan lebih bersifat ugutan. Polis tidak senang geledah bas jumpa t- shirt. Tuduh komunis," kata Presiden Dr Nasir Hashim.

DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara Dr Nasir Hashim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis menahan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) didakwa kononnya cuba menghidupkan semula fahaman komunis.

“Kita dapat lihat angkuhnya Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Percakapan lebih bersifat ugutan. Polis tidak senang geledah bas jumpa t-shirt. Tuduh komunis. Bila soal tanya alasan pasal Bersih. Kawan-kawan kena EO (Emergency Ordinance – Ordinan Darurat) pasal Bersih juga.

“Seolah-olah ada suatu mainan sebab ketua tidak ditangkap tetapi anak buah yang ditangkap. Mereka memburukkan Bersih demi menjaga periuk nasi.

Kami merasakan yang menimbulkan masalah adalah kerajaan kerana mereka hanya ingin tayang kuasa semata-mata,” katanya ketika membahaskan usul berhubung pendirian kerajaan negeri terhadap tangkapan dan halangan dalam kempen Bersih 2.0.

Nasir yang juga Presiden PSM turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pihak berkuasa dan menyifatkan penahanan ahli PSM berniat jahat dan tidak sah.

‘Mereka lupa gaji mereka dari rakyat’

“Pihak berkuasa tidak pandai guna budi bicara. Menyelesaikan masalah guna kekerasan dan hanya menjadi alat politik. Mereka lupa gaji mereka bukan dari Barisan Nasional tetapi daripada rakyat.

“Yang menyedihkan juga kita tidak berjaya menemui kawan-kawan. Kata satu jam tapi 15 minit sahaja. Saya sebagai pengerusi menyifatkan penahanan itu kejam, berniat jahat dan tidak sah,” katanya.

Usul tergempar yang dibawa Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad itu mahu agar sidang Dewan Undangan Negeri Selangor menyatakan pendirian supaya pihak kerajaan persekutuan dan pihak polis menghentikan tangkapan dan halangan kepada kempen Bersih di negeri itu dan seluruh negara.

Dalam usulnya itu, beliau seterusnya menggesa kerajaan negeri mempertahankan hak rakyat untuk menggunakan kemudahan- kemudahan kerajaan negeri, badan-badan berkanun negeri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tanpa halangan polis atau mana-mana pihak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata pada 9 Julai 2011, Bersih telah mengadakan perhimpunan aman bagi mempertahankan prinsip demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bersih katanya, telah pun menjunjung kasih di atas titah Yang Dipertuan Agong menasihatkan Bersih dan pihak kerajaan persekutuan untuk mencari jalan penyelesaian untuk semua.

“Justeru itu, Bersih bersetuju mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menawarkan stadium sekiranya Bersih sanggup bertolak ansur,” katanya.

Turut baca:

PBT digesa berjimat cermat


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments