Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Lesen pusat hiburan ditarik jika benarkan orang Islam masuk

 | July 17, 2011

Operator telah setuju lesen operator berkenaan ditarik balik jika arahan berkenaan dilanggar.

KUALA LUMPUR: Lesen kelab hiburan di Kedah akan ditarik balik jika membenarkan orang Islam memasuki premis tersebut, kata setiausaha politik menteri besar negeri itu hari ini.

“Operator telah setuju lesen operator berkenaan ditarik balik jika arahan berkenaan dilanggar. Keputusan ini dicapai dalam pertemuan dengan operator berkenaan di Alor Setar semalam, kata Mohd Sanusi Mohd Noor dalam sidang akhbar di sini.

Sebelum itu beliau mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi taklimat kepada pimpinan PAS di sebuah hotel di Ampang.

Selain presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hadir sama dalam taklimat berkenaan ialah tiga naib presiden iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Mohd Sanusi, Azizan tidak datang memberikan taklimat kerana sedang membuat persiapan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah esok.

Sebelum ini Menteri Besar mengumumkan semua pusat hibuhan di Kedah diarahkan tidak beroperasi pada bulan Ramadan sebagai menghormati bulan mulia umat Islam.

Tindakan tersebut menimbulkan bantahan di kalangan pemimpin rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP serta pemimpin Gerakan.

“Di Kedah terdapat lebih kurang 300 pusat hiburan iaitu disko dan pub,” kata Mohd Sanusi sambil menambah beliau tidak pasti sama ada terdapat lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan PAS.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menmberi penjelasan menegnai nasib pekerja Islam yang bekerja dengan pusat hiburan di negeri itu,

Tanggungjawab polis

Beliau menegaskan adalah menjadi tanggungjawab polis dan petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawasi kegiatan kelab malam berkenaan.

Katanya, kerajaan PAS Kedah sejak dulu lagi iaitu semasa pemerintahan BN pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi pada bulan Ramadan dan hari Jumaatn.

“Tetapi kita membenarkan premis beroperasi dengan syarat tidak membenarkan orang Islam amsuk,” tambahnya.

Sementara itu, Abdul Hadi menegaskan isu itu menjadi besar kerana media yang memutar belit kenyatan menteri besar mengenai operasi pusat hiburan pada bulan Ramadan.

Beliau menambah, media berbahasa Melayu digunakan oleh kerajaan pusat untuk menimbulkan kekliruan di kalngan orang Melayu.

“Kita sudah mendapat maklumat mengenai perkara sebenar kenyataan Azizan dan juga respon dari pemimopin Pakatan Rakyat.

“NGO wanita bukan Islam dan NGO agama bukan Islam juga tidak senang dengan maksiat seperti ini,” katanya lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments