Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Isu MyKad: ‘Panggil sidang tergempar’

 | August 3, 2011

"Mana-mana bangsa tak rela dengan perbuatan khianat seperti ini," kata Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (Pakatan) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil sidang tergempar khas Parlimen bagi membincangkan isu pemberian status warganegara Malaysia kepada penduduk tetap (PR) yang memegang ‘kad merah’ hanya dalam tempoh sehari.

Menyifatkannya sebagai satu isu keselamatan yang serius, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata individu yang menjadi dalang di sebalik konspirasi ini juga dianggap mengkhianati rakyat sendiri semata-mata untuk memenangi undi dalam pilihan raya akan datang (PRU13).

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Najib dalam masa terdekat dan mendesak agar sidang Parlimen khas itu di adakan dalam bulan ini juga.

“Mana-mana bangsa tak rela dengan perbuatan khianat seperti ini.

“Bagaimana penduduk PR tiba-tiba mendapat status warganegara dalam beberapa jam sahaja…ini satu perkara yang tak boleh diterima.

“Kita mahu Najib tampil untuk nyatakan pendirian tentang isu itu,” katanya dalam sidang media bersama pemimpin Pakatan di sini hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, isu ini dapat dibuktikan apabila pihaknya mengesan, antaranya di Selangor setakat suku kedua (Mac-Jun) tahun 2011 jumlah pemegang kad pengenalan merah yang diberikan MyKad adalah sebanyak 1,108 kes.

Katanya, melalui semakan dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pihaknya dapat mengesan beberapa individu yang memegang kad pengenalan PR pada sebelah pagi akhirnya ditukar kepada kad biru (MyKad) pada sebelah petang.

“Pemohon kad pengenalan merah kepada biru ada yang ambil masa sehingga 10 sehingga 28 tahun dan ada yang masih tak dapat, tetapi penukaran ini tak sampai sehari.

“Kita ada banyak lagi bukti imperikal termasuk dokumen dan kami akan dedahkannya dalam sidang Parlimen nanti,” katanya.

Konspirasi BN?

Beliau mendakwa wujudnya satu konspirasi oleh pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang menggunakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi kerajaan yang lain supaya penukaran status warganegara ini boleh dilakukan dalam masa singkat sekaligus membolehkan mereka mengundi.

Sehubungan itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mahu Najb dakwaan ini dalam masa terdekat jika tidak benar.

“Jika tidak (panggil sidang tergempar) memang benar dia sudah hilang terhadap kawalan agensi tertentu yang sepatutnya berada dibawah tanggungjawab beliau,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Sementara itu, Salahuddin sekali lagi menegaskan pihaknya tetap menolak sepenuhnya penggunaan sistem biometrik jika isu sebegini masih gagal ditangani.

“Apa yang Bersih 2.0 tuntut sangat relevan iaitu penggunaan dakwat kekal, ditambah dengan ‘kekotoran’ baru hari ini bagimana kita boleh percaya sistem biometrik ini dijamin telus,” soalnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments