Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Keputusan kes empangan Bakun tamparan kuat terhadap hak rakyat

 | September 10, 2011

PSM melihat keengganan hakim membuat keputusan sebagai kegagalan menegakkan prinsip-prinsip Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan menyelar keputusan kes yang tidak berani membuat keputusan mengiktiraf hak tanah adat masyarakat dalam kes Bato Bagi dan lima yang lain menentang kerajaan Sarawak.

“Keputusan kes ini adalah satu tamparan kuat kepada hak asasi dan hak tanah.

“Keputusan yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, Hakim Mahkamah Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Shariff membuktikan sekali lagi sistem kehakiman negara ini gagal memberi keadilan kepada masyarakat tertindas,” kata Arutchelvan dalam satu kenyataan media.

Kes ini signifikan kerana ia difailkan setelah kerajaan Sarawak pimpinan Ketua MenteriĀ  Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengambil alih tanah adat untuk pembinaan empangan Bakun 12 tahun lalu.

Pemimpin PSM tersebut turut menyoal logik di sebalik keputusan yang diputuskan Zaki.

Tidak dapat disiapkan

“Tidakkah hakim ini sedar bahawa pembinaan empangan Bakun yang mengambil masa lebih 16 tahun itu yang melibatkan banyak kerugian dan hampir terbengkalai sehingga ianya terpaksa diselamatkan dan dikecilkan skalanya pembinaannya oleh Kerajaan Pusat dan selepas itu banyak bertukar tangan kerana ianya tidak dapat disiapkan.

“Jadi kerugian mana yang lebih lebih besar?” soal beliau berikutan kenyataan Zaki yang mengatakan bahawa sekiranya kes itu dikembalikan untuk perbicaraan penuh, ia akan bersifat akademik memandangkan Bato Bagi telah menerima wang pampasan tersebut tanpa merujuk kepada majlis timbang-tara kerana dan hanya akan membuang masa dan wang.

Arutchelvan menambah keputusan Mahkamah Persekutuan ini gagal mengiktiraf artikel 5 (hak untuk hidup) dan artikel 13 (hak untuk memiliki harta) Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal.

Deklarasi tersebut mengakui hubungan di antara Orang Asal dan tanah dan hak mereka untuk memiliki dan membangunkan tanah.

“Jadi Mahkamah Persekutuan gagal membuat keputusan yang selari dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang telah dipersetujui oleh Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tag: S Arutchelvan, Zaki Azmi, Richard Malanjum, Empangan Bakun, orang Asal, Taib Mahmud


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments