Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

DHPP mahu satu kerusi setiap negeri

 | September 28, 2011

"Tidak kira calon kerusi Parlimen atau Dun, saya berharap seorang calon bukan Melayu akan bertanding kali ini," kata Hu Pang Chow.

PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berharap sekurang-kurangnya seorang calon bukan Melayu diletakkan di setiap negeri dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti, kata Pengerusinya, Hu Pang Chow.

“Tidak kira calon kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) saya berharap seorang calon bukan Melayu akan bertanding kali ini.

“Bergantung kepada kesesuaian, jika ia sesuai untuk kerusi Parlimen maka calon bukan Melayu harus bertanding di kerusi itu. Kalau calon bukan Melayu sesuai untuk kerusi Dun, ia perlu bertanding di kerusi Dun,” kata beliau.

Tuntutan ini dibuat berikutan pemerhatian dan maklum balas yang mendapati bahawa sokongan masyarakat Cina terhadap parti Islam itu semakin meningkat.

“Sokongan di kalangan masyarakat Cina telah meningkat kerana masyarakat mahukan perubahan,” kata Hu.

Pada PRU 2008, PAS mencalonkan seorang calon keturunan India untuk bertanding kerusi Dun Tiram di Johor. R Kumutha telah bertanding atas tiket PKR kerana perlembagaan PAS tidak membenarkan masyarakat bukan Islam bertanding atas tiket parti Islam itu.

Bagaimanapun katanya, kepimpinan PAS mempunyai kata putus untuk menentukan sama ada mahu meletakkan calon bukan Melayu atau sebaliknya.

“Saya percaya pucuk pimpinan PAS mempunyai pertimbangan dan keputusan tersendiri dalam menentukan calon-calon untuk bertanding.

“Tentunya PAS akan mengutamakan calon yang boleh menang tidak kira mereka calon orang Islam atau bukan Melayu. PAS dan DHPP boleh berbincang untuk mengenal pasti kerusi yang sesuai untuk calon bukan Melayu bertanding,” tambahnya.

Namum sehingga hari ini katanya, kedua-dua pihak belum mengadakan sebarang rundingan atau perbincangan berkenaan calon bukan Melayu bertanding dalam PRU akan datang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments