Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Muslimah PAS tuntut kerusi Parlimen, DUN

 | October 1, 2011

Ketua Muslimah PAS, Zailah Mohd berkata, pergerakan itu mahu satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.

PETALING JAYA: Selepas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu sekurang-kurang satu kerusi, kini Muslimah PAS juga membuat tuntutan yang sama.

Ketua Muslimah PAS, Zailah Mohd berkata, pergerakan itu mahu satu kerusi parlimen dan satu kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang.

“KIta tengok kemampuan Exco Wanita kerajaan negeri Kedah, Selangor dan Kedah kita rasa Muslimah perlu bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dun.

“Di Terengganu kita rasa perlu Muslimah meletakkan sekurang-kurang seorang calon kerana pengundinya 52 peratus adalah wanita,” katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.

Sementra itu, timbalannya Dr Mariah Mahmud  mendakwa, pimpinan PAS Pusat tidak ada masalah untuk memberikan kerusi kepada calon Muslimah.

Bagaimanapun, beliau mendakwa sikap pimpinan PAS di peringkat kawasan dan negeri juga menyebabkan calon Muslimah tidak dapat diletakkan.

Namun beliau tidak menyalahkan pimpinan kerana walaupun calon Muslimah telah diberi peluang tetapi mereka sendiri tidak mahu bertanding.

Calon tidak bersedia

“Ada negeri pada pilihan raya umum tahun 2008, sudah diberi kerusi kepada Muslimah tetapi calon yang dikenal pasti tidak bersedia untuk bertanding,” tambahnya yang juga ahli Parlimen Kota Raja.

Dr Mariah juga menegaskan Muslimah sudah ada senarai calon untuk untuk bertanding kali ini.

“DI Terengganu kami minta satu kerusi Dun diberikan kepada Muslimah sebagai penghargaan kepada Muslimah negeri tak kan tak ada seorang pun yang tidak layak,” katanya.

Beberapa hari lalu, Pengerusi DHPP Hu Pang Chow berkata, beliau berharap sekurang-kurangnya seorang calon bukan Islam diletakkan pada setiap negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya DHPP tidak meletakkan syarat sama ada kerusi Parlimen atau DUN.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments